Perangkaan SOP Covid-19 untuk PRN Melaka dan Sarawak tidak boleh disalahguna, sebaliknya ia perlu memastikan terdapatnya keseimbangan di antara mengadakan pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih dan mengelakkan penularan wabak Covid-19

Semalam, perintah darurat di Sarawak telah dibatalkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-12 dalam masa 60 hari.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak mengatakan menurut peruntukan Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri Sarawak terbubar dengan sendirinya apabila darurat ini diungkaikan.

Data berikut menunjukkan bagaimana wabak Covid-19 di Malaysia telah diuruskan dengan salah sehingga Malaysia menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak ini:

Tarikh Peristiwa Kes baharu Covid-19 Kes kematian harian Covid-19
11.1.21 Pengisytiharan Darurat 2232 kes baharu 4 kematian
1.6.21 Pelaksanaan PKP menyeluruh 7105 kes baharu 71 kematian
4.11.21 Darurat Sarawak dibatalkan 5713 kes baharu 64 kematian

Perangkaan SOP Covid-19 untuk PRN Melaka dan Sarawak tidak boleh disalahguna, sebaliknya ia perlu memastikan terdapatnya keseimbangan di antara mengadakan pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih dan mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Tidak ada sebab untuk Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengenakan larangan menyeluruh terhadap proses kempen secara fizikal dengan syarat SOP Covid-19 untuk mengekang penularan dipatuhi sepenuhnya.

Kita perlu “hidup dengan Covid-19” dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik kepada fasa endemik ini, tetapi perkara ini tidak bermakna SPR boleh mengambil tindakan melampau dengan melaksanakan larangan menyeluruh kepada proses berkempen dan membenarkan sebuah pilihan raya yang tidak telus dan adil untuk berlangsung.

Perkara ini bertentangan dengan tema “hidup bersama Covid-19” dalam peralihan kepada fasa endemik yang membawa kepada pembukaan semula ekonomi untuk menyelamatkan nyawa dan punca pendapatan rakyat.

Menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan terdapat kadar keluar mengundi yang tertinggi dalam PRN Melaka dan Sarawak, sambil memastikan SOP Covid-19 yang ada mengekang penularan wabak ini. SPR tidak boleh menjadi lebih “KKM” berbanding dengan Kementerian Kesihatan sendiri.

Janganlah kita mengikuti langkah seperti di Jordan, di mana hanya 29% pengundi keluar mengundi, atau seperti mana di Algeria di mana hanya 30% pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya Parlimen mereka.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kesihatan, Sains, dan Inovasi perlu memanggil SPR untuk menjelaskan bagaimana keseimbangan dapat dicapai oleh badan tersebut dalam memastikan terdapatnya pilihan raya yang bersih, adil, dan bebas di Melaka dan Sarawak dan pada masa yang sama mengekang penularan wabak Covid-19 semasa negara kita sedang beralih daripada fasa pandemik kepada fasa endemik.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri