Jadikan Deepavali tahun ini sebagai permulaan baharu untuk umat manusia selepas 22 bulan berhadapan dengan kerosakan dan kemusnahan akibat Covid-19

Lebih daripada lima juta nyawa di seluruh dunia telah terkorban akibat Covid-19, tetapi pakai kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menjangkakan yang angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi -- dua ke tiga kali ganda berbanding dengan angka rasmi.

Menjelang minggu pertama bulan November, angka kes terkumpul Covid-19 telah mencecah 250 juta kes.

Wabak Covid-19 dalam 22 bulan yang lepas merupakan satu era yang gelap dalam sejarah manusia, tetapi masih ada tanda-tanda positif. Wabak ini mengambil masa yang lebih lama, iaitu 110 hari, untuk mencapai lima juta kematian daripada angka empat juta sebelum ini, berbanding dengan 90 hari yang diambil untuk menjadi angka empat juta dari tiga juta.

Tetapi, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, telah memberikan amaran yang wabak ini masih “jauh lagi sebelum tamat”, di mana negara-negara dengan kadar vaksinasi yang rendah melihat kadar jangkitan dan kematian melonjak tinggi.

Kita perlu jadikan Deepavali tahun ini sebagai sebuah permulaan baharu untuk umat manusia selepas kerosakan dan kemusnahan kepada nyawa dan kehidupan dalam 22 bulan berhadapan dengan wabak Covid-19 sebelum ini.

Di Malaysia, kita menghampiri angka tiga juta kes Covid-19 dan 30,000 kematian akibat Covid-19.

Kita perlu terus mengekalkan trajektori menurunkan lekuk penularan Covid-19 dan kematian akibat Covid-19 sehingga kita mencapai julat dua angka kes baharu dan kematian dalam satu angka.

Kita perlu mengikuti tauladan di Indonesia, India, dan China, yang telah mencatatkan penurunan mendadak kes dan kematian akibat Covid-19 -- di mana Indonesia telah mencatatkan 19 hari berturut-turut dengan kes dalam julat tiga angka dan 33 hari berturut-turut mencatatkan kematian dalam julat dua angka.

Pada 1 November, India mencatatkan kes baharu dalam julat empat angka, manakala Malaysia pula sedang bergelut untuk turun ke paras bawah daripada 4,626 kes baharu dalam sebulan yang lepas.

Tidak ada sebab mengapa kita tidak dapat mencatatkan hasil yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19 berbanding dengan Indonesia, India, dan China.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri