Memorandum Persefahaman (MOU) Kepercayaan-Perbekalan-Reformasi (CSR) adalah tentang mencari kompromi antara kedua-dua pihak berkenaan beberapa perkara yang boleh dipersetujui bersama dan bukan tentang untuk menegakkan tuntutan masing-masing
Saya menerima sekeping nota daripada penyokong DAP mengenai Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz di Parlimen pada Jumaat lalu.
Nota itu berbunyi:
“DAP harus mengundi untuk menolak Belanjawan 2022.
“Ini bagi menunjukkan bantahan terhadap Belanjawan yang memberikan peruntukan yang begitu besar peruntukan kepada orang Melayu dan peruntukan yang begitu sedikit kepada kaum lain. Mereka secara tidak langsung mengatakan yang mereka tidak peduli terhadap undi daripada pengundi Cina. Jika PH memilih untuk menyokong belanjawan tersebut, saya tidak akan mengundi pada PRU15.”
Terdapat kekeliruan dan salah faham berkenaan Memorandum Persefahaman (MOU) Kepercayaan-Perbekalan-Reformasi (CSR) yang ditandatangani antara Perdana Menteri Ismail Sabri di dan empat pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Wilfred Tangau pada 13 September 2021 di Parlimen.
Satu pihak percaya bahawa Ismail Sabri telah mengkhianati parti-parti dalam kerajaan dan satu pihak lagi pula percaya bahawa keempat-empat pemimpin Pakatan Harapan telah menggadaikan prinsip dan objektif parti komponen Pakatan Harapan.
Kedua-duanya salah.
MOU CSR adalah tentang mencari kompromi antara kedua-dua belah pihak berkenaan beberapa perkara dan bukannya tentang untuk menegakkan tuntutan masing-masing.
Pemimpin Pakatan Harapan menandatangani MOU CSR atas tiga sebab utama seperti berikut:
Pertama, adalah untuk menghentikan tragedi dan bencana penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Semasa Tengku Zafrul membentangkan Belanjawan pertamanya -- Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322 bilion -- pada 6 November 2020, jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 38,189 dengan 279 kematian.
Semasa MOU CSR ditandatangani antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Wilfred Madius Tangau pada 13 September 2021, jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 1,995,771 dengan 21,124 kematian terkumpul.
Setakat semalam (1 November) jumlah keseluruhan kes tersebut meningkat kepada 2,476,268 dengan 28,975 kematian terkumpul.
Ini bermakna, dari hari pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 hingga hari majlis tandatangan MOU CSR pada 13 September 2021, terdapat peningkat sebanyak 52 kali ganda untuk jumlah keseluruhan kes Covid-19 dan peningkatan 76 kali ganda untuk jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu.
Namun, sepanjang 50 hari antara majlis tandatangan MOU CSR pada 13 September 2021 dan 1 November 2021, terdapat peningkatan 19.4% dalam jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 dan peningkat sebanyak 27% dalam jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu.
Sebelum ini saya amat bimbang penurunan jumlah kes harian Covid-19 dan jumlah korban harian Covid-19 tidak cukup ketara, pun begitu, kita nampaknya sedang menuju ke arah penurunan untuk kedua-dua kategori kes jangkitan dan korban akibat Covid-19.
MOU CSR telah mencapai objektif pertamanya.
Objektif kedua MOU CSR adalah untuk memastikan kira-kira RM45 bilion diperuntukkan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19, yang mana telah disusuli dengan peruntukan RM332.1 bilion yang diumumkan Tengku Zafrul dalam Belanjawan 2022.
Sebab ketiga adalah untuk memulakan reformasi Parlimen dan institusi yang mana kerajaan Ismail Sabri mempunyai masa sehingga tahun depan untuk memenuhinya.
Saya sendiri tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2022 yang dibentangkan Tengku Zafrul, yang mana dilihat sebagai sindrom penafian di mana mana kerajaan Ismail Sabri dilihat enggan untuk berdepan dengan hakikat bahawa sehingga hari Memorandum Persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) ditandatangani oleh Perdana Menteri dan empat pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September 2021, Malaysia telah tewas dalam perang melawan wabak Covid-19, terutama dari hari pertama pelaksanaan Darurat pada 11 Januari 2021.
Tambah pula, Belanjawan 2022 membelakangi konsep serta objektif Keluarga Malaysia.
Seperti yang diperkatakan saya sebelum ini, Ismail Sabri bukanlah seorang pejuang reformasi, namun beliau terpaksa menandatangani MOU CSR demi memastikan kelangsungan dan kestabilan kerajaan pimpinan beliau.
Jika Ismail Sabri mampu untuk mengekalkan hegemoni politik UMNO, seperti yang dilakukan parti itu ketika menguasai Barisan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum 2018, tidak mungkin Ismail Sabri akan menandatangani MOU CSR dengan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan menandatangani MOU CSR bukan dengan tujuan untuk tidak menyokong undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri atau menolak Belanjawan 2022.
Kami akan terus tetap berpegang kepada kata-kata kami dan memenuhi janji-janji kami. Kami tidak memberikan sebarang komitmen untuk menyokong Belanjawan 2022. Jika kami tidak menyokong Belanjawan 2022, maka itu bermakna kami mengambil pendirian untuk berkecuali.