Amat membimbangkan bahawa jumlah kes kematian harian akibat Covid-19 di Malaysia telah meningkat kepada 65 orang semalam selepas dua hari berturut-turut mengalami penurunan dan angka kematian di bawa ke hospital (BID) kembali meningkat kepada julat dua angka

Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz di Parlimen pada Jumaat adalah salah satu contoh sindrom penafian di mana kerajaan Ismail Sabri enggan untuk berdepan dengan hakikat bahawa sehingga hari Memorandum Persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) ditandatangani oleh Perdana Menteri dan empat pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September 2021, Malaysia telah tewas dalam perang melawan wabak Covid-19, terutama dari hari pertama pelaksanaan Darurat pada 11 Januari 2021.

Semasa Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Tengku Zafrul di bawah Kerajaan Muhyiddin pada 6 November 2020, jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 38,189 dengan 279 kematian terkumpul.

Semasa MOU CSR ditandatangani antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Wilfred Madius Tangau pada 13 September 2021, jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 1,995,771 dengan 21,124 kematian terkumpul.

Setakat semalam (1 November) jumlah keseluruhan kes tersebut meningkat kepada 2,476,268 dengan 28,975 kematian terkumpul.

Ini bermakna, dari hari pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 hingga hari majlis tandatangan MOU CSR pada 13 September 2021, terdapat peningkat sebanyak 52 kali ganda untuk jumlah keseluruhan kes Covid-19 dan peningkatan 76 kali ganda untuk jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu.

Namun, sepanjang 50 hari antara majlis tandatangan MOU CSR pada 13 September 2021 dan 1 November 2021, terdapat peningkatan 19.4% dalam jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 dan peningkat sebanyak 27% dalam jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu.

Ini adalah satu sebab mengapa MOU CSR diperlukan -- untuk menghentikan peningkatan mendadak dalam jumlah kes jangkitan Covid-19 dan jumlah kes kematian akibat wabak itu yang memusnahkan kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia.

Namun, adakah trend penurunan dalam jumlah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 akan berterusan?

Amat membimbangkan kerana penurunan jumlah kes harian baharu Covid-19 dan jumlah kes kematian akibat wabak itu agak perlahan jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia dan Filipina, apatah lagi negara Asia lain seperti India dan China.

Semalam, Malaysia merekodkan 4,626 kes harian baharu Covid-19 dengan 63 kematian, yang mana jauh lebih tinggi berbanding Indonesia yang merekodkan 402 kes harian baharu Covid-19 dengan 18 kematian (18 hari berturut-turut mencatatkan kes jangkitan Covid-19 dalam lingkungan julat tiga angka dan 32 hari berturut-turut mencatatkan kes kematian akibat wabak itu dalam lingkungan julat dua angka).

Kadar penurunan kepada julat tiga angka dan kemudian julat dua angka untuk kes harian baharu Covid-19 dan julat satu angka untuk kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang agak perlahan amat membimbangkan.

Meskipun Malaysia mencapai angka kes harian Covid-19 terendah dalam tempoh 133 hari dengan 4,626 kes semalam, angka korban Covid-19 telah meningkat kepada 63 orang selepas mencatatkan penurunan kepada 36 dan 44 orang pada dua hari lalu -- dengan kes kematian di bawa ke hospital (BID) kembali meningkat kepada julat dua angka dengan 18 korban.

Telah dilaporkan terdapat masalah tunggakan (backlog) pengurusan mayat untuk tempoh kira-kira lebih seminggu.

Rakyat Malaysia masih menantikan penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kadar kematian akibat Covid-19 yang begitu tinggi di Malaysia.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri