30 Disember harus dinamakan sebagai Hari Memorial Kebangsaan bagi memperingati mangsa korban akibat Covid-19 di Malaysia
Malaysia kehilangan seorang tokoh yang amat dihormati, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing akibat jangkitan Covid-19.
James Masing adalah pemimpin Dayak yang telah banyak berbakti untuk masyarakatnya, negeri dan juga negara.
Kehilangan beliau tidak ada galang gantinya.
Wabak Covid-19 telah mengorbankan 28,000 nyawa sejak 22 bulan lalu, dengan 5,839 daripadanya didapati mati di luar fasiliti (BID).
Kadar kematian Covid-19 di Malaysia adalah paling tinggi di rantau ASEAN dan Asia Timur, dengan kadar kematian sebanyak 876 per sejuta penduduk.
Lebih 43% daripada 28,912 kematian akibat Covid-19 telah direkodkan dalam masa 64 hari selepas Khairy Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos.
Kita harus menurunkan kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia selain kematian akibat wabak itu yang berlaku di luar fasiliti (5,846 setakat ini).
Kita sedang menyaksikan penurunan kadar kematian sejak dua hari lalu -- Malaysia merekodkan 44 kematian (dengan empat daripadanya BID) pada 30 Oktober dan 36 kematian akibat wabak itu (dengan tujuh daripadanya BID) semalam.
Sebuah pasukan sukarelawan telah mewujudkan sebuah laman web memorial untuk memperingati mereka yang telah terkorban dalam berjuang melawan virus Covid-19 di Malaysia - https://c19memorial.my/.
Seperti yang dinyatakan laman web tersebut, terdapat Tugu Negara di Kuala Lumpur yang didedikasikan untuk memperingati 11,000 orang yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat selama 12 tahun.
Sejak Covid-19 melanda negara pada 24 Januari, dan menyebabkan kematian pertama pada Mac 2020, 28,912 telah terkorban akibat wabak itu (termasuk 5,846 kes BID).
Seperti yang dinyatakan laman web memorial C19 tersebut: 21,000 itu bukan sekadar angka. Setiap angka tersebut adalah ibu, bapa, anak, datuk, sahabat, dan individu yang amat disayangi. Perginya setiap nyawa itu meninggalkan pelbagai kenangan yang akan sarat dibawa dan menghantui mereka yang ditinggalkan. Memorial ini dibangunkan agar nama, wajah, serta kisah-kisah sepanjang kehidupan mereka akan dapat terus dikongsi dan terpahat selamanya dalam memori. Maklumat yang disiarkan dalam memorial ini dikumpul daripada carian awam (laporan media tempatan dan hantaran media sosial kepada awam), serta maklumat yang dikemukakan oleh ahli keluarga dan orang awam kepada kami.
Laman web tersebut mengingatkan kita tentang puluhan ribu nyawa yang terkorban akibat wabak Covid-19 yang berpanjangan selama 22 bulan, Malaysia telah kehilangan banyak nyawa yang tak ternilai harganya, selain James Masing, kita telah kehilangan mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Sankaran Dandai, Bekas timbalan menteri, Lajim Ukin dan Guan Dee Koh Hoi, mantan ketua setiausaha kerajaan Ahmad Sarji Ahmad Hamid, mantan Adun Kee Phaik Chin, Wan Ismail Wan Jusoh (PAS) dan Ismail Kijo (UMNO), bekas ketua pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin, pemaju perumahan Teo Chiang Quan, juruukur, Michael Gek Thuan Peng, mantan pegawai polis Ramlan Abdul Razak dan Baharom Othman, peguam seperti Amir Askee Meor Nordin, Ghazi Ishak dan Lim Fung Yin, professional perubatan seperti Dr. Shariffudin Ramli dan Dr. Rohit Nambier Seseadharan Nambiar, pelukis, Nasir Nadzri, pemain violin,Hashim Ariffin, penyanyi Joyce Leelyn, paderi David Cheng dan pemain drum Chong Hai Liang - tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan.
Marilah kita memperingati mereka yang terkorban akibat Covid-19 sekali setiap tahun, dengan Perdana Menteri mengetuai majlis-majlis tersebut.
Saya mencadangkan tarikh 30 November itu kerana saya menjangkakan yang kematian akibat Covid-19 di Malaysia bakal menurun menjelang hari tersebut.
Pada 1918 wabak Selsema Sepanyol telah membunuh 34,644 orang di Malaysia, kerajaan Malaysia, dengan kerjasama semua rakyat, harus memastikan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 di Malaysia tidak melebihi jumlah kematian akibat Selsema Sepanyol pada 1918.
Selama 31 hari, Indonesia merekodkan kes baharu Covid-19 pada julat tiga angka dengan 523 kes baharu semalam dan untuk dua minggu berturut-turut, negara jiran itu telah merekodkan kes kematian akibat Covid pada julat dua angka dengan 17 kematian akibat wabak itu dicatatkan semalam.
Semalam, kes harian baharu di India telah menurun kepada 12,874 kes dan 251 kematian baharu (kurang 1 peratus daripada puncak harian 414,433 kematian pada 6 Mei 2021) dan China merekodkan 71 kes harian baharu Covid-19 dan sifat kematian akibat wabak itu, tetapi Malaysia merekodkan 4,979 kes harian baharu Covid-19 dengan 36 kematian.
Sudah tiba masanya untuk Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Indonesia, India dan China dalam perang melawan wabak Covid-19.