#kerajaangagal80 - Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan berdisiplin, mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W, supaya PKP 3.0 akan menjadi PKP terakhir di Malaysia dan membuktikan bahawa kita mampu mengambil teladan daripada Amerika Syarikat dan India untuk menjadi sebuah negara dengan prestasi yang lebih baik selepas melalui kegagalan membendung pandemik Covid-19

Sukar untuk saya percaya selepas melihat jadual world-o-meter kes Covid-19 untuk setiap negara semalam.

Amerika Syarikat, yang sebelum ini merupakan negara dengan prestasi terburuk dalam mengawal wabak Covid-19 sejak setahun lepas, selepas merekodkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 melebihi 34 juta dengan lebih 600,000 kematian, merekodkan kenaikan kes harian baharu Covid-19 melebihi 100,000 kes selama tiga bulan dan kematian harian melebihi 2,000 selama tiga bulan.

Amerika Syarikat mencapai puncak peningkatan harian kes baharu Covid-19 pada 8 Januari 2021 dengan 304,248 kes dan kemuncak kenaikan harian angka korban akibat wabak itu berlaku pada 12 Januari 2021 dengan 4,482 kematian.

Semalam, Amerika Syarikat merekodkan kenaikan harian sebanyak 7,750 kes - menurun sebanyak 97.5% dari puncak 304,248 kes pada 8 Januari, sementara 124 kematian baharu dicatatkan - menurun sebanyak 97.3% dari puncak 4,482 kematian pada 12 Januari 2021!

Malah India, yang mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara terburuk dalam menangani pandemik Covid-19 dalam tempoh dua bulan lalu, menunjukkan prestasi yang semakin baik selepas merekodkan kenaikan kes baharu Covid-19 sebanyak 153,485 kes, meskipun kenaikan harian angka korban akibat Covid-19 masih tinggi mencecah paras 3,000 orang sejak 27 April.

Semalam, India melaporkan kenaikan kes harian sebanyak 153,485 kes - menurun 63% dari puncak kenaikan kes harian sebanyak 414,433 pada 24 hari lalu, 6 Mei. India merekodkan 3,128 kematian akibat Covid-19 semalam.

Amerika Syarikat kini merupakan negara kelapan dengan kenaikan harian kes baharu Covid-19 tertinggi, sementara Malaysia berada di kedudukan ke-11.

Esok, “full lockdown” PKP 3.0 akan mula dikuatkuasakan, dan suasana suram dan malapetaka semakin mencengkam di negara ini;

Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan berdisiplin, mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W. Elakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang tertutup (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation) serta mengamalkan 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn) - supaya PKP 3.0 akan menjadi PKP terakhir di Malaysia dan membuktikan bahawa kita mampu mengambil teladan daripada Amerika Syarikat dan India untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai prestasi yang lebih baik selepas melalui kegagalan membendung pandemik Covid-19

Bagaimanapun saya bersetuju dengan mantan Menteri Rafidah Aziz dan Presiden Persatuan Perubatan Persatuan Perubatan Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow Kim Weng bahawa kerajaan perlu memberikan keutamaan untuk mempercepatkan program imunisasi kebangsaan, dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin perlu melupakan rancangannya untuk mewujudkan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) mega kerana ia akan menyusahkan orang ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk mendapatkan vaksin.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri