#kerajaangagal48 -- Adakah Muhyiddin telah lupa cita-cita beliau sembilan tahun yang lalu untuk Malaysia menjadi sebuah “negara hebat”?

Adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lupa kepada cita-cita beliau sembilan tahun yang lalu semasa beliau merupakan Menteri Pendidikan untuk negara kita menjadi sebuah “negara hebat”?

Jika tidak, mengapakah perkara ini tidak disebut beliau dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan ke-50 semalam?

Bolehkah Muhyiddin menjelaskan sama ada cita-cita ini masih hidup atau sama ada beliau telah lama berputus asa dengannya?

Dalam perutusan Hari Guru beliau semalam, Muhyiddin berkata mengenai pelbagai perkara, daripada konsep pendidikan untuk sentiasa relevan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat dan tidak lagi terkongkong dengan empat dinding bilik darjah, selari dengan norma baharu kehidupan, kepada globalisasi pendidikan -- namun beliau langsung tidak menyentuh mengenai apa yang dikatakan sembilan tahun lalu untuk mengubah Malaysia menjadi “negara hebat” semasa pelancaran Rancangan Tindakan Pendidikan 2013 - 2025 pada bulan September 2012.

Pada masa itu, beliau mahu Malaysia menjadi “negara hebat” dan melompat daripada golongan ketiga terbawah ujian PISA (Program Penilaian Antarabangsa) 2021 OECD kepada ketiga teratas.

Muhyiddin perlu sedar, buktinya perlulah dapat dilihat, dan “negara hebat” ini adalah satu lagi bukti kegagalan beliau.

Apa yang lebih memalukan akan hakikat di mana Muhyiddin telah membayar RM20 juta kepada pihak asing untuk datang dengan idea “negara hebat” dan merangka Rancangan Tindakan Pendidikan 2013 - 2025 beliau ini.

Sedekad kemudian, negara kita terus ketinggalan di belakang dari segi pembangunan modal insan sehinggakan syarikat-syarikat antarabangsa tidak berminat untuk mengupah jurutera keluaran universiti tempatan, sebaliknya memilih siswazah daripada Filipina, Vietnam, Thailand, dan juga Indonesia.

Mereka mengatakan jurutera siswazah tempatan tidak memenuhi keperluan mereka kerana:

  1. Mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik;
  2. Mereka memerlukan lebih banyak latihan (yang memakan kos dan wang);
  3. Lebih menyusahkan untuk menggajikan mereka ini apabila terdapat jurutera daripada ASEAN yang boleh bekerja dengan lebih baik.

Kita juga telah terus terkebelakang dari segi daya saing di peringkat antarabangsa, dari tempat ke-22 pada tahun 2019 kepada tempat ke-27 pada tahun 2020. Kedudukan kita pada tahun 2021 dijangkakan akan menjadi lebih buruk!

Malah, rakyat Malaysia tidak pernah berasa semalu sekarang ini, sehingga baru-baru ini kerajaan Indonesia menggunakan negara kita bersama dengan India sebagai contoh negara yang gagal menguruskan wabak ini dengan baik dalam memberikan amaran kepada rakyatnya untuk terus kekal di rumah dan berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 semasa tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri!

Bolehkah Malaysia mengubah hala tuju kakistokratik ini kepada yang lebih baik?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri