Dalam meraikan Aidilfitri, janganlah kita lupakan SOP Covid-19

Dalam kita semua rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama saudara beragama Islam kita, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk tidak leka.

Virus Covid-19 masih lagi berlegaran di sekitar kita. Tolong jaga penjarakan fizikal pada setiap masa, walaupun semasa kita sedang bersosial. Pakai pelitup muka apabila berada dalam bangunan dan basuhlah tangan dengan kerap. Sentiasa beringat bahawa tempat berhawa dingin dalam bangunan dengan udara yang dikitar semula adalah kawasan yang berisiko, manakala ruang di luar bangunan, dengan udara segar adalah pilihan yang lebih selamat dan lebih baik. Tolong patuhi SOP yang dibuat untuk mengekang penularan wabak ini.

Saya percaya bahawa kita semua rakyat Malaysia kini telah terbiasa dengan langkah-langkah ini, tetapi janganlah leka. Kita perlu menurunkan angka kes baharu kepada julat dua angka dan kemudiannya kepada satu angka.

Walaupun dengan halangan seperti ini, jangan lupa untuk meraikan perayaan bersama dengan keluarga yang tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri