#kerajaangagal34 -- Speaker Parlimen perlu mempertahankan hak Ahli-ahli Parlimen yang patriotik yang dilantik dalam pelbagai jawatankuasa Parlimen untuk bermesyuarat, terutamanya untuk perkara berkaitan wabak Covid-19

Kerajaan pintu belakang, yang tidak berkebolehan, tidak demokratik, dan tidak sah Muhyiddin telah merosakkan rekod negara kita dalam mengendalikan wabak Covid-19, menambahkan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, mahupun wilayah.

Kita telah sampai ke saut tahap di mana Indonesia, yang sebelum ini dianggap sebeagai berada di belakang Malaysia dari segi pembangunan sistem dan infrastruktur kesihatan awam, kini menggesa rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan berhati-hati dengan wabak Covid-10 dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, dengan amaran “Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.”

Betapa memalukan perkara ini untuk kita semua.

Pada tahun 2012, Muhyiddin berkata-kata mengenai Malaysia menjadi negara hebat pada tahun 2025, tetapi beliau sendiri yang kini membawa negara kita ke tahap terendah selepas berhadapan dengan rejim kleptokrasi yang lepas.

Mungkin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin patut ditanya, sama ada beliau tidak kisah melihat situasi Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia, memandangkan perkara ini akan memberikan beliau alasan yang baik untuk melanjutkan lagi perintah darurat dan penggantungan Parlimen.

Jika tidak, mengapa beliau mengabaikan nasihat bijaksana Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang mengatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat, dan Parlimen patut bersidang dengan keadaan bencana yang disebabkan oleh cara kerajaan Muhyiddin mengendalikan wabak Covid-19 dalam negara kita -- selain daripada berhadapan dengan gelombang penularan terpanjang dalam dunia sejak daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan September 2020, kita juga berhadapan dengan ancaman gelombang keempat penularan wabak ini.

Malah, kes yang kuat boleh dibina untuk mengatakan yang Malaysia mungkin tidak akan berhadapan dengan kedua-dua gelombang kedua dan ketiga penularan wabak ini sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton, yang meninggalkan Malaysia tanpa sebuah kerajaan yang efektif dalam beberapa hari terakhir yang penting pada bulan Februari 2020.

Tambahan lagi, penggantungan Parlimen ini bukan sahaja menambah luas jurang kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan Muhyiddin untuk mengendalikan awabk ini, ia juga menghalang pelaksanaan strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam memerangi Covid-19.

Yang di Pertuan Agong mengatakan yang Parlimen boleh bersidang, tetapi Perdana Menteri dan Kabinet enggan untuk memanggil sidang Parlimen walaupun Ahli-ahli Parlimen ramainya telah pun menerima kedua-dua vaksin Covid-19.

Bagaimanakah kebuntuan perlembagaan ini dapat diselesaikan?

Speaker Parlimen perlu memainkan peranan yang penting dalam situasi ini.

Perlembagaan kita diasaskan kepada doktrin pemisahan kuasa di antara pihak Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman. Tidak ada mana-mana cabang kerajaan ini tertunduk kepada cabang yang lain.

Ahli-ahli Parlimen, tidak kiralah latar belakang parti politik, menjangkakan Speaker Parlimen untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan mereka dan bukannya menjadi pak turut pihak Eksekutif.

Sebagai contoh, Speaker Parlimen perlu memanggil mesyuarat semua Ahli-ahli Parlimen untuk melihat bagaimana pendirian Yang di Pertuan Agong mengenai persidangan Parlimen semasa darurat ini dapat dizahirkan. Setakat ini, beliau tidak melakukan apa-apa langsung.

Tambahan lagi, walaupun sidang Parlimen digantung melalui Proklamasi Darurat, pelbagai jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen tidak digantung dalam Ordinan Darurat dan sepatutnya boleh bersidang.

Speaker Parlimen sepatutnya memperjuangkan hak-hak jawatankuasa ini, terutamanya jawatankuasa yang berkaitan dengan wabak Covid-19 untuk bermesyuarat dan mempertimbangkan fakta-fakta yang dibentangkan kepada mereka, bukannya menjadi jurucakap pihak Eksekutif dengan menghalang mesyuarat-mesyuarat ini.

Speaker Parlimen perlu menyediakan semua kemudahan Parlimen untuk tujuan mesyuarat pelbagai jawatankuasa ini, bukannya menghalang usaha jawatankuasa ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada Speaker Parlimen untuk mempertahankan hak Ahli-ahli Parlimen yang patriotik yang dilantik dalam pelbagai jawatankuasa Parlimen untuk bermesyuarat, terutamanya untuk perkara berkaitan wabak Covid-19.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri