#kerajaangagal33 -- Mengapakah Menteri Pendidikan Radzi Jidin gagal untuk menunjukkan kepimpinan untuk memastikan sekolah adalah ruang yang selamat untuk para pelajar, sebaliknya membiarkan isu seperti pemeriksaan kitaran haid dan lawak lucah dalam kalangan guru berterusan sehingga tiga minggu?

Semalam, jaguh menyelam dan penerima pingat Olimpik dua kali, Pandelela Rinong, menyokong seruan pelajar berusia 17 tahun, Ain Husniza Saiful Nizam untuk memastikan sekolah adalah ruang yang selamat untuk para pelajar dan memberikan dorongan kepada pelajar tingkatan 5 tersebut untuk terus bersuara.

Beliau mengatakan kejadian ini sama seperti mana beliau dipanggil DIVA apabila beliau cuba untuk #makesportasaferplace (menjadikan sukan ruang yang selamat untuk semua).

Persoalannya, mengapakah Menteri Pendidikan Radzi Jidin gagal untuk menunjukkan kepimpinan untuk memastikan sekolah adalah ruang yang selamat untuk para pelajar, sebaliknya membiarkan isu seperti pemeriksaan kitaran haid dan lawak lucah dalam kalangan guru berterusan sehingga tiga minggu?

Memandangkan kedua-dua isu ini pertama kali dilaporkan oleh Malaysiakini dalam minggu ketiga bulan April, seorang Menteri yang sensitif dan berkesan sepatutnya telah menunjukkan kepimpinan sejak daripada awal lagi daripada sebaliknya menunjukkan cubaan untuk tidak menerima hakikat.

Radzi telah gagal teruk dalam kedua-dua kes.

Beliau bertanya, sekolah manakah yang melakukan pemeriksaan mengejut kitaran haid ini dan diberikan senarai 15 sekolah yang melakukan perbuatan yang mengejutkan ini.

Empat hari yang lepas, Kumpulan Tindakan Bersama Kesaksamaan Gender (JAG) telah menyeru Kementerian Pendidikan (KPM) untuk bersifat telus dalam siasatannya mengenai isu pemeriksaan mengejut kitaran haid dan gangguan seksual di sekolah.

JAG mengatakan yang ia bersedia untuk membantu KPM dalam siasatan ini dan baru-baru ini telah menghantar surat kepada KPM untuk mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan cara untuk mengatasi masalah gangguan seksual di sekolah.

Kumpulan tersebut mengatakan yang pihak kementerian mempunyai tanggungjawab untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dalam satu suasana pembelajaran yang selamat yang mempromosikan nilai-nilai penghormatan kepada semua dan menolak keganasan.

Pertuduhan Ain Husniza telah ditambah berat dengan komen menjijikkan di Facebook terhadapnya, yang didakwa datang daripada pengetua sekolah beliau sendiri yang menggambarkan beliau sebagai “anak setan”.

Sekiranya Radzi tidak bersedia untuk menunjukkan kepimpinan sebagai Menteri Pendidikan untuk memastikan keselamatan para pelajar di sekolah, beliau perlu meletak jawatan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri