#kerajaangagal30 -- Bagaimanakah kita boleh menggunakan bakat, daya fikir, sumber, dan kemahiran Pandelela dan bakat-bakat lain Malaysia untuk menjadikan negara kita negara hebat yang bertaraf dunia?

Saya menyokong cadangan bahawa penyelam pemenang pingat emas negara, Pandelela Rina diberikan darjah “Datuk” dan saya mencadangkan supaya penghormatan ini diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau telah membawa kegemilangan dan penghormatan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada Malaysia.

Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, Malaysia telah terkebelakang dan terus membiarkan satu demi satu negara lain untuk mengatasi kita dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia.

50 tahun yang lalu, satu Ringgit Malaysia adalah bersamaan dengan satu Dolar Singapura. Kini, S$1 bersamaan dengan RM3. Apakah nisbahnya akan jadi pada tahun 2050 atau 2070?

Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali, namun angka itu lebih rendah berbanding Indonesia yang telah meningkat sebanyak 117 kali, Vietnam 122 kali, China 163 kali, Singapura 175 kali dan Korea Selatan 178 kali.

Selepas 50 tahun, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.

Semasa Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan pada permulaan dekad yang lepas, beliau telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada bulan September 2012, untuk menjadi Malaysia sebuah “negara hebat”, melonjak daripada sepertiga terbawah ke sepertiga teratas dalam ujian PISA 2021 dalam kalangan negara OECD.

Namun perkara ini telah menjadikan satu kegagalan besar, daripada melonjak ke sepertiga teratas kedudukan ujian PISA, keputusan PISA untuk Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan tahun 2015 dalam ketiga-tiga mata pelajaran matematik, sains, dan pembacaan, dan kita masih lagi jauh daripada berada dalam kalangan sepertiga tertinggi 80 negara yang menyertai ujian PISA.

Wabak Covid-19 ini telah mendedahkan kelemahan dalam kerajaan dan sistem urus tadbir negara kita, dengan perhatian di seluruh dunia kini tertumpu kepada kemusnahan terhadap kehidupan dan komuniti di India dan bukannya kepada kejayaan di negara-negara di Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik.

Mengapa?

Pandelela, juara menyelam berusia 28 tahun yang berasal daripada Sarawak; Lee Zii Jia, juara kejohanan Badminton All-England Singles yang berusia 22 tahun daripad Kedah; Red Hong Yi, daripada Sabah, yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa dengan gambar muka depan majalah Time, selepas karyanya yang mengambarkan perubahan iklim dunia dengan peta dunia sebesar 2.3m x 3m yang dibuat menggunakan 50,000 kayu mancis yang dibakar; Emir Haady Imran Zulharnain, 16, menjadi individu termuda yang pernah mendaftar di Royal College of Surgeons (RCSI) di Dublin Ireland; Nurul Ezzaty Hasbullah, 23, yang dianugerahkan program biasiswa antarabangsa tertua di dunia, Biasiswa Rhodes untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford -- rakyat Malaysia kelima yang dianugerahkan biasiswa tersebut; dan Prof Dr Serena Nik-Zainal yang dianugerahkan penghormatan yang dikenali sebagai 'Hadiah Nobel untuk Penyelidikan Kanser', semua telah menunjukkan yang Malaysia ini tidak kekurangan bakat, daya fikir, sumber, atau kemahiran untuk terus kalah negara lain.

Persoalannya yang sukar untuk dijawab adalah bagaimanakah kita boleh menggunakan bakat, daya fikir, sumber, dan kemahiran Pandelela dan bakat-bakat lain Malaysia untuk menjadikan negara kita negara hebat yang bertaraf dunia?

Inilah perkara yang patut difikirkan oleh semua rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri