#kerajaangagal29 -- Masa untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19, menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia

Semalam, dalam kenyataan media #kerajaangagal27 saya telah katakan yang sedang menderita dengan seorang Perdana Menteri dan kerajaan yang terburuk dalam sejarah 63 tahun negara ini!

Kelihatan seperti kerajaan ini benar-benar mahu menjadikan perkara ini kenyataan, kerajaan Muhyiddin telah mengharamkan aktiviti senaman di luar di bawah pelaksanaan PKP 3.0.

Apakah kajian saintifik yang menunjukkan aktiviti berjalan atau berlari berseorangan adalah aktiviti berisiko tinggi untuk wabak Covid-19?

Saya selalu berjalan berseorangan dan semua maklumat daripada internet mengatakan aktiviti berlari atau berjalan di kawasan yang kurang sesak adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 dan menguatkan sistem imun badan untuk melawan virus ini.

Pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman, yang baru-baru ini dilantik ke dalam Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia, telah menggesa kerajaan untuk mengkaji semula keputusan kerajaan tersebut, mengatakan yang risiko dijangkiti Covid-19 di luar adalah 18 kali ganda lebih rendah berbanding di dalam.

“Benarkan rakyat untuk terus melakukan aktiviti jogging, berbasikal, atau aktiviti sukan luaran lain demi kesihatan fizikal dan mental kami,” kata Adeeba.

Dr Steven Chow, presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia, telah mengatakan bahawa keputusan tersebut “tidak masuk akal”.

Chow meminta kerajaan untuk memberikan bukti bahawa aktiviti senaman di kawasan terbuka dengan mematuhi SOP Covid-19 menyebabkan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata: “Adalah tidak rasional untuk melakukan pendekatan 'duduk di rumah' secara membuta tuli pada tahap ini. Perkara ini memudaratkan kesihatan fizikal dan mental masyarakat. Aktiviti berpusatkan keluarga di luar harus digalakkan.”

Seperti yang digambarkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador, sebagai "Menteri-menteri tidak cerdik", Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Faysal Ahmad Kamal telah tampil untuk mempertahankan keputusan larangan bersenam di luar rumah di bawah PKP 3.0.

Mungkin Wan Ahmad berpendapat bahawa dia lebih layak untuk memberi komen mengenai masalah tersebut, walaupun mantan timbalan ketua pengarah Kesihatan Dr Christopher Lee telah mengatakan bahawa senaman di luar adalah agak selamat.

Dr. Lee berciap: “Biarkan sains memandu keputusan kita. Selagi jarak fizikal dilakukan, risiko penyebaran luar adalah rendah.

"Tidak ada kluster besar yang muncul akibat dengan aktiviti sukan bukan kontak di luar. Biarkan sains memimpin."

Malaysia telah menjadi bahan ketawa sebagai akibat daripada kakistokrasi seperti ini.

Adakah Muhyiddin mampu membatalkan keputusan yang tidak masuk akal untuk melarang senaman di luar rumah di bawah MCO 3.0.

Sebenarnya, kerajaan perlu mempertimbangkan semula larangan menyeluruh untuk gimnasium, sukan tanpa hubungan dan latihan dalaman.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri