#kerajaangagal23 -- Mahkamah Tinggi Allahabad membuat ketetapan bahawa kematian pesakit Covid-19 akibat daripada kekurangan bekalan oksigen adalah suatu tindakan jenayah, yang menyerupai genosid

Semalam, saya berkata bahawa salah satu tanda berlakunya kakistokrasi dan justifikasi kepada kewujudan kempen #kerajaangagal adalah kegagalan kerajaan dalam menguruskan komunikasi berkaitan usaha memerangi pandemik Covid-19 -- seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan.

Ini sekali lagi dilihat dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk enam daerah di Selangor selama 12 hari bermula 6 sehingga 17 Mei.

Meskipun Ahli Parlimen Bangi merangkap Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, Ong Kian Ming telah memberi amaran pada 1 Mei lalu bahawa pihak berkuasa tidak wajar mengumumkan PKP 3.0 di Lembah Klang pada saat akhir tanpa diiringi dengan pengumuman SOP yang lengkap, kerajaan masih mengulangi kesilapan yang sama, menyebabkan ramai pihak keliru dan bimbang.

Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti berikut di media sosial:

  1. “Jadi PKP 3.0 di enam daerah di Selangor akan bermula pada 6 Mei selama dua minggu. Tetapi tiada perincian tenang industri/sektor mana yang boleh dibuka selama dua minggu tersebut. Perlu tunggu sehingga esok untuk penjelasan lanjut dan penguguman SOP… entah bila mereka ini nak ambil iktibar?”
  2. “Saya cuba nak memahami PKP terbaru untuk banteras Covid. Pada 6 Mei nanti:
  3. “Di sebelah 1Utama = PKP; tapi lintas jalan satu lampu isyarat sahaja.

    “Di Sebelah TTDI, KL = tiada PKP.

    “Saya tak faham strategi @MKNJPM ini.”

Hari ini, kekeliruan seumpama itu kembali berulang.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan, yang diketuai oleh mantan Menteri Pendidikan Maszlee Malik meminta supaya Kementerian Pendidikan menjelaskan mengenai status sekolah di kawasan yang dikenakan PKP bermula esok.

“Adakah sekolah akan ditutup esok atau dibuka sehingga Hari Raya (pada 13 Mei)?”

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan berkata pengumuman itu perlu kerana sesetengah sekolah sedang menjalani ujian pertengah tahun -- ini bagi membolehkan pengurusan sekolah untuk menguruskan jadual peperiksaan dan memastikan pelajar kekal fokus.

Ia juga dapat membantu ibu bapa untuk merancang, lebih-lebih lagi untuk mencari penjaga.

Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan status pelajar di sekolah asrama, lebih-lebih lagi sama ada mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah, yang mana memerlukan pergerakan rentas sempadan daerah dan negeri.

Jika kekeliruan seumpama itu berlaku pada awal penularan pandemik Covid-19, ia mungkin boleh difahami. Tetapi ia berlaku setahun selepas pandemik Covid-19, dan selepas PKP dilaksanakan untuk kali ketiga, ini benar-benar tidak boleh diterima.

Kerajaan Muhyddin harus diingatkan bahawa di India, yang sedang dilanda gelombang kedua Covid-19 yang mana melumpuhkan sistem kesihatan negara itu sehingga berlaku kekurangan katil, oksigen dan vaksin. Malah, mahkamah tinggi Aallahabad berkata kematian pesakit ekoran kekurangan oksigen boleh dianggap sebagai “tindakan jenayah, yang menyerupai “genosid”.

Sebuah kakistokrasi yang membiarkan kematian yang boleh dielakkan berlaku sebenarnya melakukan suatu tindakan jenayah.

Tiada sebab sebenarnya untuk Malaysia merekodkan kes terkumpul sebanyak 420,632 kes dan berada di kedudukan ke-43 antara negara-negara di dunia dengan kes Covid-19 tertinggi, dan mengatasi Arab Saudi (yang mempunyai kes terkumpul sebanyak 421,300) dan dijangka berada di tangga ke-42 -- sementara kita berada di tangga ke-85 pada 11 November tahun lalu.

Mengapa Malaysia berada di kedudukan ke-43 dan ke-42 hari ini, dengan kes Covid-19 tertinggi sementara negara Timur Asia lain, ASEAN dan Asia Pasifik berada di kedudukan dan kes lebih rendah seperti Myanmar (ke-82) dengan 142,858 kes; Korea Utara (84) 124,945 kes; China (96) 90,721 kes; Thailand (98) 74,900 kes; Singapura (104) 61,252 kes; Australia (120) 29,862 kes; Cambodia (133) 16,971 kes; Hong Kong (145) 11,791 kes; Vietnam (176) 2,996 kes; New Zealand (179) 2,629 kes; Taiwan (192) 1,160 kes; Laos (195) 1,025 kes dan Brunei (201) 228 cases.

Muhyiddin perlu bertindak sebelum rakyat Malaysia mula mengambil tindakan terhadap kerajaan atas jenayah kecuaian dalam menangani pandemik Covid-19.

Kerajaan Muhyiddin harus melancarkan gerakan kebangsaan bagi menerapkan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan pandemik Covid-19 dengan menamatkan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin bagi memberi tumpuan kepada strategi negara bagi melawan pandemik Covid-19, dan memastikan Malaysia tidak berakhir seperti India tetapi diiktiraf sebagai negara yang lebih berjaya berbanding negara-negara lain di rantau Asia Timur, ASEAN dan Asia Pasifik dalam hal menangani pandemik Covid-19.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri