Muhyiddin perlu memohon maaf kepada Tan KS dan Mani Vannan kerana tidak mengizinkan mereka untuk dikuarantin di rumah dan kerana penerusan masalah Dua Darjat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memohon maaf kepada juruterbang Tan KS dan Mani Yannan kerana tidak membenarkan mereka untuk kuarantin di rumah dan memenuhi tanggungjawab mereka sebagai anak, sedangkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara dibiarkan untuk terus memanfaatkan “penyakit Dua Darjat” untuk terus menyalahgunakan kuasa dan menjalani kuarantin dari rumah selepas perjalanan penuh kontroversi beliau ke New Zealand.

Bolehkah Perdana Menteri memberikan jaminan kepada semua rakyat Malaysia yang masalah layanan berbeza antara Dua Darjat dengan penyalahgunaan kuasa ini akan dihentikan dalam usaha melawan wabak Covid-19?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri