Pertama kali saya mendengar yang Anwar dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton

Ini adalah kali pertama saya mendengar cerita bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput untuk membawa PKR untuk menyertai Langkah Sheraton, namun Presiden PKR tersebut telah menolak tawaran untuk menyertai kerajaan baharu tersebut dan memilih untuk kekal setia dengan PH.

Versi yang diceritakan oleh Setiausaha Organisasi PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam satu wawancara bersama dengan Malaysian Insight semalam adalah perkara baharu bagi saya.

Saya telah berjumpa dengan Anwar beberapa kali dalam minggu-minggu selepas Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, dan juga dalam bulan-bulan selepas itu, namun tidak ada sekali pun Anwar menceritakan mengenai Langkah Sheraton seperti yang diceritakan oleh Nik Nazmi ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri