Muhyiddin perlu perlu memastikan dua laporan dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet pada -- mengenai mengapa Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dan bagaimana kita boleh menjayakan dan menyiapkan program imunisasi Covid-19 menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan -- Hari Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memastikan dua laporan dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet pada minggu hadapan -- mengenai mengapa Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dan bagaimana kita boleh menjayakan dan menyiapkan program imunisasi Covid-19 menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan -- Hari Malaysia.

Semalam, negara kita mencatatkan kadar peningkatan kes baharu Covid-19 yang meningkat kepada 1,576 kes berbanding dengan 1,213 kes pada hari sebelumnya -- walaupun negara kita masih berada di bawah paras 2,000 kes sehari untuk 14 hari yang berturut-turut.

Apakah perkara yang menyebabkan negara kita berhadapan dengan gelombang penularan wabak Covid-19 yang terpanjang dalam dunia -- memandangkan gelombang ketiga penularan yang bermula di Malaysia pada bulan September akibat Pilihan Raya Negeri Sabah ini masih lagi belum berjaya dikawal sepenuhnya kerana kita masih belum dapat melihat kadar peningkatan dalam julat tiga dan dua angka sehari.

Laporan mengenai gelombang ketiga wabak ini di Malaysia ini juga perlulah diterbitkan kepada pihak awam, supaya seluruh negara boleh memanfaatkannya -- memandangkan terdapat kerisauan mengenai kemungkinan berlakunya gelombang keempat wabak ini dalam negara kita.

Laporan mengenai bagaimana untuk kita memastikan kejayaan dan penyiapan program imunisasi Covid-19 kebangsaan menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan - Hari Malaysia juga perlu diterbitkan kepada pihak awam.

Menurut sumber data yang ada, statistik pendaftaran untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:

Perlis 37,444 19.9%
Kedah 302,722 18.9%
P.Pinang 429,579 31.0%
Perak 413,843 21.4%
Selangor 1,720,352 35.5%
K.Lumpur 532,032 35.9%
Putrajaya 41,662 73.2%
N. Sembilan 242,288 28.5%
Melaka 187,290 26.7%
Kelantan 157,824 12.8%
Terengganu 148,107 17.6%
Pahang 230,182 18.7%
Johor 759,080 26.7%
Sabah 267,388 9.1%
Labuan 20,118 27.8%
Sarawak 466,037 22.5%
Total 5,955,944 24.6%

Perhatian khusus perlu diberikan kepada Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, dan Perlis memandangkan kadar pendaftaran di negeri-negeri ini masih pun belum mencapai 20 peratus.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri