Seruan kepada Peguam Negara untuk menyatakan sama ada beliau akan mendakwa sesiapa yang mengatakan darurat diisytiharkan kerana Muhyiddin telah hilang majoriti di Parlimen

Menurut Menteri Undang-undang, Takiyuddin Hassan semalam, menjadi satu kesalahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 untuk sesiapa mendakwa yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pengisytiharan darurat kerana beliau telah hilang majoriti di Dewan Rakyat dan mereka bakal berhadapan dengan denda sehingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Adakah perkara ini undang-undang dalam negara sedangkan perkara ini masih perlu diputuskan oleh mahkamah dan bukannya diputuskan oleh Menteri Undang-undang.

Apa-apa pun, dengan kenyataan Menteri Undang-undang ini, Peguam Negara perlu memberikan penjelasan mengenai pendirian beliau, sama ada beliau akan membawa pendakwaan kepada sesiapa di bawah Ordinan Darurat kerana menuduh pengisytiharan darurat didapatkan kerana Muhyiddin telah hilang majoriti di Parlimen.

Saya telah menanyakan semalam, bersama dengan beberapa perkara lagi, sama ada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 telah dibentangkan kepada Kabinet untuk diluluskan dan mengapakah Kabinet tidak mencadangkan supaya pindaan dibuat sebelum Ordinan ini diwartakan, dan perlu untuk ada tempoh maklum balas awam dari pihak dan individu yang berminat.

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini dinantikan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri