Persoalan telah terjawab -- tuduhan mengatakan yang Muhyiddin mendapatkan pengisytiharan darurat kerana beliau telah hilang majoriti di Parlimen kini menjadi satu kesalahan jenayah di bawah peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000, denda sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali

Pertuduhan mengatakan yang Muhyiddin mendapatkan pengisytiharan darurat kerana beliau telah hilang majoriti di Parlimen kini menjadi satu kesalahan jenayah di bawah peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000, denda sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini diperakui oleh Menteri Undang-undang, Takiyuddin Hassan, yang telah mengatakan dalam satu sidang media bersama bahawa sebarang tuduhan yang mengatakan kerajaan cuba mendapatkan pengisytiharan darurat kerana kerajaan telah hilang majoriti di Dewan Rakyat adalah pelanggaran peruntukan ordinan berita palsu.

“Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan,” kata Takiyuddin.

Saya telah menimbulkan tujuh persoalan pagi ini berkenaan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang mula berkuatkuasa hari ini dan Takiyuddin telah menjawab sebahagian daripada soalan keempat saya, sama ada “ciapan Dr Rafidah Abdullah mengenai masalah “Dua Darjat 2.0” dan kenyataan bersama tiga orang pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, dan Mohd Sabu pada 12 Januari mengenai Proklamasi Darurat menjadi punca pewartaan Ordinan ini”.

Untuk mengatakan kononnya orang Islam akan terpaksa hidup dalam ketidakadilan dan penindasan sekiranya Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Diskriminasi Perkauman (ICERD) diratifikasikan tidak dikira sebagai kesalahan jenayah “berita palsu”, sedangkan 48 daripada 50 buah negara majoriti Muslim di seluruh dunia yang mewakili 99% peratus populasi orang Islam di seluruh dunia, termasuklah di negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Mesir, Jordan, Yaman, Qatar, Oman, UAE, Algeria, Pakistan, Turki, Tunisia, Morocco, Indonesia, dan Bangladesh telah pun meratifikasi ICERD. Tetapi, untuk mengatakan yang kerajaan Muhyiddin mendapatkan pengisytiharan darurat kerana kehilangan majoriti di Parlimen adalah satu kesalahan jenayah “berita palsu”.

Malaysia sedang berhadapan dengan zaman yang paling gelap dalam sejarahnya, di mana Bahagian II Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak-hak Kebebasan Asasi seseorang, kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan telah hilang maknanya.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri