Adakah gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia (salah satu gelombang penularan Covid-19 terlama di dunia) akhirnya berada dalam kawalan?
Peningkatan jangkitan baharu sebanyak 1,529 kes semalam menjadi petanda tambahan yang gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia (yang merupakan gelombang penularan terlama untuk wabak ini di dunia) akhirnya berada dalam kawalan.
Peningkatan 1,529 kes ini bukan sahaja merupakan kadar terendah untuk tahun ini, tetapi kadar ini adalah angka terendah sejak 27 Disember tahun lepas, di mana kadar jangkitan baharu berada pada 1,196 kes. Angka 1,196 pada 27 Disember ini juga merupakan angka terendah untuk bulan tersebut, bulan Disember mencatatkan 24 hari dengan peningkatan melebihi paras 2,000 kes sehari dengan dua hari peningkatan dalam julat tiga angka.
Adakah rakyat Malaysia boleh berharap yang angka ini akan terus turun ke dalam julat tiga angka? Kita hanya mampu berdoa.
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengatakan yang kerajaan merancang untuk memastikan ke semua 500,000 petugas barisan hadapan diberikan vaksin dengan dos pertama menjelang 31 Mac.
Khairy perlu memikirkan bagaimana program vaksinasi ini dapat dipercepatkan, supaya program ini dapat disiapkan dengan segera supaya negara kita dalam kembali normal dan proses pemulihan ekonomi dapat bermula.
Tindakan kerajaan untuk melibatkan doktor am daripada sektor swasta dalam program fasa kedua dan ketiga program vaksinasi ini amatlah dialu-alukan dan patut menjadi langkah pertama untuk melibatkan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta dalam usaha kerjasama untuk memerangi wabak Covid-19 bagi menyelamatkan nyawa dan kehidupan dengan sesegera yang mungkin.