Dua keutamaan kebangsaan untuk Malaysia -- melawan wabak Covid-19 dengan lebih baik dan mempercepatkan pengedaran vaksin Covid-19 supaya pemulihan ekonomi dan kehidupan boleh kembali normal bermula suku ketiga atau keempat tahun ini
1,680 kes baharu Covid-19 semalam adalah hari kelima dalam tempoh 14 hari yang lepas sejak 25 Februari di mana kes baharu berada di bawah paras 2,000 kes -- peningkatan harian pada 25 Februari adalah 1,924 kes.
Kali terakhir negara kita mencatatkan di bawah 2,000 adalah pada 4 Januari 2021, apabila kita mencatatkan 1,741 kes.
Perkara ini memberikan sedikit harapan yang gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara kita, yang telah melanda selama lebih daripada lima bulan sejak September 2020 akibat daripada usaha rampasan kuasa melalui Pilihan Raya Negeri Sabah, mungkin sedang reda.
Malaysia perlu mengawal wabak ini supaya negara kita dapat kembali normal dan proses pemulihan ekonomi dapat dimulakan.
Perkara ini perlu menjadi keutamaan negara -- untuk menambahbaik usaha melawan wabak Covid-19, termasuklah dengan membantu kumpulan yang paling terkesan dengan wabak ini, dan untuk mempercepatkan usaha vaksinasi kebangsaan untuk mengembalikan kenormalan kehidupan dan memulakan proses pemulihan ekonomi menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.
Kawasan serantau Asia Timur dan Pasifik telah dikatakan sebagai salah titik cerah dalam usaha melawan wabak Covid-19, tetapi kita perlu mengakui yang Malaysia tidak berjaya untuk melakukan yang terbaik dalam melawan wabak ini.
Dalam penerbitan bulan Indeks Ketahanan Covid oleh Bloomberg, yang mengukur ekonomi yang bernilai AS$200 bilion dalam 10 ukuran -- dari peningkatan kes kepada kadar kematian, kapasiti ujian saringan, dan perjanjian bekalan vaksin -- Malaysia bukan sahaja kalah kepada China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, dan Hong Kong, tetapi kita juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan berbanding dengan negara ASEAN seperti Singapura, Vietnam, dan Thailand.
Wabak Covid-19 ini telah membuktikan Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada tahun 2019 untuk mengenalpasti negara-negara yang boleh mengendalikan wabak dengan baik.
Para pakar telah menjangkakan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai kebolehan yang terbaik untuk melawan penyakit wabak, tetapi mereka telah terbukti silap.
Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah antara dua negara yang mendapati markah tertinggi dalam Indeks GHS tetapi mereka juga adalah antara negara dengan rekod terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19, dengan Amerika Syarikat berada di tempat teratas dalam jumlah kes tertinggi di dunia, dengan hampir 30 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 535,000 kematian akibat wabak ini, manakala UK pula merupakan negara kelima dengan jumlah kes tertinggi, kira-kira 4.2 juta kes dan dengan lebih daripada 124,000 kematian.
Kita bernasib baik kerana kita tidak berada di dalam liga yang sama seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. AS mencatatkan 89,231 kes per sejuta penduduk, manakala UK mencatatkan 61,844 kes per sejuta penduduk. Kadar kematian akibat Covid-19 di AS adalah 1,616 kematian per sejuta penduduk, manakala di UK pula, 1,826 kematian per sejuta penduduk.
Malaysia mempunyai kadar yang lebih baik -- kita mencatatkan 9,550 kes per sejuta penduduk dan hanya 36 kematian per sejuta penduduk.
Namun, kadar kes per sejuta penduduk ini masih lebih tinggi berbanding dengan Indonesia (4,987) dan Filipina (5,346), walaupun kita mencatatkan kadar kematian yang lebih rendah -- Indonesia dengan 135 kematian per sejuta penduduk dan Filipina dengan 113 kematian per sejuta penduduk.
Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 275 orang mencatatkan lebih daripada 1.37 kes Covid-19, kini berada di tempat ke-18, dan Filipina dengan 110 juta penduduk mencatatkan 591,138 kes berada di tempat ke-30 di seluruh dunia. Malaysia, dengan 32 juta orang penduduk, berada di tempat ke-45 dengan 311,777 kes dan 1,166 kematian.
Mengapakah Malaysia tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik, seperti negara-negara Asia Timur atau ASEAN yang berada dalam kedudukan seperti berikut dalam Indeks Ketahanan Covid Bloomberg bulan Februari -- Singapura (2), China (6), Taiwan (7), Korea Selatan (8), Jepun(9), Thailand (10), Hong Kong (13), Vietnam (18) berbanding dengan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-23 dari 53 buah negara.
Keutamaan kedua kita adalah untuk mempercepatkan usaha vaksinasi kebangsaan untuk memendekkan jangka masa pelengkapannya supaya kehidupan boleh kembali normal dan proses pemulihan ekonomi boleh dimulakan menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.
Pihak berkuasa berkenaan, baik Majlis Keselamatan Negara atau Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 (CITF) perlu mempertimbangkan kedua-dua keutamaan ini dengan serius.