Seruan untuk pemecutan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, telah mengumumkan pemecutan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat, menjanjikan bekalan vaksin yang mencukupi untuk “semua orang dewasa di Amerika menjelang penghujung bulan Mei”, berbanding dengan sasaran menjelang bulan Julai sebelum ini.

Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 Malaysia (CITF) perlu bersidang dan mempertimbangkan cara untuk mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan supaya negara kita dapat mula pulih sepenuhnya dalam tahun 2021.

Dalam konteks ini, cadangan daripada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh, supaya diwujudkan satu program vaksinasi yang berjalan selari dan serentak dengan program vaksinasi kerajaan patut diberikan pertimbangan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri