Apa yang pelik dan luar biasa mengenai siaran langsung ulang tahun Muhyiddin adalah kegagalan beliau untuk bertindak dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan darurat tidak menghalang persidangan Parlimen
Apa yang pelik dan luar biasa mengenai siaran langsung ulang tahun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kegagalan beliau untuk bertindak dengan nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan darurat tidak menghalang persidangan Parlimen.
Pada 25 Februari, Yang di-Pertuan Agong telah mengatakan yang Parlimen boleh bersidang semasa darurat.
Perkara ini termaktub dalam peruntukan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Mengapakah Perdana Menteri telah gagal untuk bertindak di atas nasihat ini?