#kerajaangagal132 — Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, patut menghentikan amalan pengecualian dan diskriminasi terhadap para pelajar kurang upaya dari pendidikan tinggi
Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad harus menghentikan segera amalan pengecualian dan diskriminasi terhadap pelajar kurang upaya dari pendidikan tinggi.
Paling mengejutkan apabila seorang pelajar dengan 9A tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam tempatan kerana keadaan kurang upaya fizikalnya.
Kumpulan pelajar Graduan India Prihatin UM (Cumig) telah menghantar surat kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia 2019 dengan keputusan 9A yang menggunakan kerusi roda yang tidak dapat masuk dan didiskriminasi di universiti awam tempatan.
Beliau telah disenarai pendek untuk Program Asasi Pintar (APP) UKM dan telah menghadiri temuduga serta menghantar semua dokumen yang diperlukan, termasuklah rakaman video.
Walau bagaimanapun, semasa Fasa Kemas Kini Dalam Talian UPU, permohonannya tiba-tina hilang dan beliau hanya dapat memilih di antara dua program diploma dan 20 sijil kolej komuniti.
Terdapat 20 universiti awam, 36 politeknik dan empat institusi latihan kemahiran awam (di Malaysia), namun beliau hanya diberi peluang untuk memohon dua program diploma dan ke kolej komuniti kerana kekurangan fizikalnya.
Beliau diberitahu oleh seorang petugas bahawa beliau tidak dapat memilih program di universiti lain, walaupun memenuhi syarat, kerana mereka tidak memiliki kemudahan untuk orang kurang upaya.
UPU Online mengatakan bahawa pemohon hanya dapat memohon program mesra orang kurang upaya yang telah ditentukan oleh universiti, berdasarkan jenis ketidakupayaan yang dihadapi oleh pemohon.
Ini bukan kes terpencil kerana pemohon kurang upaya lain juga menghadapi masalah yang sama ketika membuat permohonan melalui UPU Online.
Saya setuju dengan mantan Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik bahawa ini adalah satu ketidakadilan yang besar dan bahawa pelajar kurang upaya layak untuk mendapat peluang yang saksama dengan calon universiti lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, dan bukannya menyekat akses mereka kepada pendidikan tinggi.
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad harus mengambil tindakan segera untuk membetulkan ketidakadilan terhadap pelajar kurang upaya kerana Malaysia telah menandatangani Konvensyen PBB mengenai Hak Orang Kurang Upaya pada tahun 2008, yang merangkumi hak bagi orang kurang upaya untuk menerima pendidikan