#kerajaangagal126 — Tidak cukup untuk Muhyiddin hanya menjanjikan untuk melibatkan Pembangkang dalam mengkaji pembukaan semula Parlimen dan sama ada ia akan diadakan dalam bentuk hibrid, sebaliknya beliau perlu memberikan komitmen bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang sebelum 1 Ogos untuk menunjukkan yang pihak Eksekutif tidak cuba untuk sabotaj harapan Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja untuk kita semua menang melawan Covid-19

Tidak cukup untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk hanya menjanjikan untuk melibatkan Pembangkang dalam mengkaji pembukaan semula Parlimen dan sama ada ia akan diadakan dalam bentuk hibrid, sebaliknya beliau perlu memberikan komitmen bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang sebelum 1 Ogos untuk menunjukkan yang pihak Eksekutif tidak cuba untuk sabotaj harapan Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja untuk kita semua menang melawan Covid-19.

Janji Perdana Menteri ini tidak bermakna apa-apa sekiranya Parlimen hanya akan dipanggil bersidang semula pada bulan September atau Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, yang tertakluk kepada tiga syarat: secara purata, kurang daripada 2,000 kes Covid-19 dicatatkan setiap hari, jumlah kapasiti katil unit rawatan rapi mula mencukupi, dan sehingga 40% populasi dalam negara telah diberikan vaksin sepenuhnya.

Bagaimana sekiranya salah satu daripada keadaan ini tidak dicapai? Adakah Parlimen akan digantung selamanya?

Malah, Yang di Pertua Dewan Negara telah melangkah lebih jauh ke hadapan. Beliau telah mengatakan yang Ordinan Darurat 2021 memberikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen.

Tidak ada apa-apa untuk mana-mana Ahli Parlimen, baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang, “nilai” mengenai sama ada Parlimen patut bersidang sebelum 1 Ogos, memandangkan Parlimen perlu bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa enam bulan. Kali terakhir Parlimen bersidang adalah pada 17 Disember 2020, dan persidangan ini telah ditangguhkan melalui penggantungan sidang yang tidak sah secara perlembagaan.

Amat malang sekali apabila Yang di Pertua Dewan Negara kelihatan lebih berani dan faham mengenai hak-hak dan keistimewaan Parlimen berbanding dengan Yang di Pertua Dewan Rakyat — satu perkara yang mencipta sejarah dalam 64 tahun sejarah negara kita, dan semestinya menjadi suatu perkara baharu dalam sejarah sistem berparlimen Komanwel.

Saya seru Yang di Pertua Dewan Rakyat untuk mewakili kepentingan Ahli-ahli Parlimen terhadap pihak Eksekutif, dan bukannya menjadi wakil pihak Eksekutif di Parlimen.

Mengapakah Perdana Menteri kelihatan seperti segan-segan untuk memberikan komitmen untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri