#kerajaangagal112 -- Kabinet perlu memutuskan untuk membuat permohonan maaf bersama kerana menyebabkan 4,000 tragedi dalam mengendalikan wabak Covid-19 yang membawa kepada 700,000 kes Covid-19 dengan 4,000 kematian
Amerika Syarikat, negara dengan keadaan wabak Covid-19 yang terburuk dalam 18 bulan yang lepas, dengan jumlah kes terkumpul sebanyak 34 juta, telah menurunkan kadar kes baharunya. Dalam tiga hari yang lepas, angka peningkatan hariannya adalah 11,061, 7,685, dan 10,005, yang menunjukkan penurunan besar sebanyak 96.4%, 97.5%, dan 96.7% masing-masing berbanding dengan kemuncak 305,073 kes pada 8 Januari 2021.
Malah India juga, yang pada bulan April dan Mei, mengatasi kedudukan Amerika Syarikat dengan negara dengan prestasi terburuk dari segi jumlah kes dan kematian akibat Covid-19, telah berjaya menurunkan angka kes baharunya, turun daripada kemuncak 414,433 kes pada 6 Mei 2021 kepada 81,005, 68,400, dan 62,597 kes masing-masing untuk tiga hari yang lepas, penurunan 80.5%, 83.5%, dan 84.9% berbanding dengan kemuncak 6 Mei yang disaksikan negara itu sebelum ini.
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Sebelum ini, kemuncak peningkatan harian kes Covid-19 kita adalah 5,728 kes pada 30 Januari 2021.
Dengan peningkatan kes dalam sebulan yang lepas, kita telah melepasi paras kemuncak bulan Januari ini untuk 21 hari dan mencapai kemuncak baharu dengan 9,020 kes dengan amaran yang kita mungkin akan melihat sehingga 13,000 kes.
Dalam tiga hari yang lepas, angka peningkatan kes harian kita adalah 5,793, 5,304, dan 4,949 kes, manakala angka korban nyawa untuk tempoh masa yang sama adalah 76, 64, dan 60 kematian.
Terdapat hembusan nafas lega apabila peningkatan harian kes Covid-19 dalam negara turun di bawah paras 5,000 kes kepada 4,949 kes semalam, tetapi angka ini masih lagi lebih daripada dua kali ganda berbanding dengan 2,232 kes pada 11 Januari semasa darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19.
Selama lebih setahun, kita menggelengkan kepala dan berasa lebih hebat berbanding dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah dengan pengendalian Covid-19 yang tidak terurus mereka, terutamanya dalam bulan Disember dan Januari apabila Amerika Syarikat mencatatkan sejumlah 6.5 juta kes dan 6.2 juta kes masing-masing.
Dalam minggu yang lepas, United Kingdom hanya bergelut dengan kadar kematian dalam julat satu atau dua angka rendah. Terdapat juga hari di mana negara tersebut mencatatkan sifar kematian. Bilakah Malaysia akan mencapai tahap sebegini?
Malaysia kini berada di hadapan mata dunia sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19 sedangkan negara-negara yang mencatatkan prestasi yang lebih buruk sebelum ini beransur pulih.
Kita tidak boleh berputus asa dan perlu bersedia untuk membuat permulaan baharu untuk memenangi perang melawan wabak ini.
Tetapi kerajaan perlulah mengakui kesilapan besarnya dahulu dan mempunyai keberanian untuk permulaan baharu, dan perkara ini patut dimulakan dengan keputusan bersama oleh Kabinet untuk menawarkan permohonan maaf atas kegagalan untuk mengendalikan wabak Covid-19 di negara kita sehingga kita mencatatkan hampir 700,000 kes dan 4,000 kematian akibat Covid-19.