#kerajaangagal88 -- Memandangkan kita boleh dikira sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19, adakah perkara ini akan dijadikan alasan untuk memanjangkan lagi darurat pada 1 Ogos?
Malaysia hari ini telah memecahkan satu lagi rekod baharu dalam wabak Covid-19 yang keadaannya semakin buruk dalam negara kita.
Kita berjaya melepasi paras 600,000 kes terkumpul dengan 603,122 kes Covid-19.
Semalam, kita melepasi paras 3,000 kematian akibat Covid-19. Hari ini, jumlah korban terkumpul berada pada kadar 3,182 kematian.
Kita berada di tempat ke-39 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul dan berada di tempat ke-9 dari segi jumlah peningkatan harian tertinggi.
Dengan 237.45 kes “per sejuta penduduk” pada 4 Jun, kita berada di tempat ke-14 di belakang 13 buah negara berikut:
1. Maldives - 1,472.86
2. Bahrain - 1,443.19
3. Uruguay - 988.60
4. Argentina - 699.28
5. Seychelles - 691.46
6. Colombia - 474.07
7. Suriname - 405.22
8. Kosta Rika - 388.60
9. Paraguay - 387.46
10. Cili - 376.48
11. Trinidad & Tobago - 355.33
12. Brazil - 310.04
13. Mongolia - 293.40
14. Malaysia - 239.01
Menurut laman web Our World In Data mengenai angka kes harian disahkan per sejuta penduduk semalam, Malaysia mencatatkan kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan India (105.48), Perancis (123.91), Kanada (61.86), Amerika Syarikat (45.44), Filipina (61.88), Itali (45.35), Thailand (53.35). Jerman (47.23), UK (55.19), Jepun (23.13), Taiwan (19.27), Indonesia (20.69), Korea Selatan (11.01), Singapura (5.01), Vietnam (2.51), Myanmar (1.39), Australia (0.38) , New Zealand (0.36), Hong Kong (0.25) dan China (0.01).
Daripada data semalam, kita dapat melihat peningkatan global sebanyak 414,886 kes, yang merupakan penurunan sebanyak 54.1% daripada kemuncak peningkatan global dengan 903,345 kes pada 29 April 2021; 121,476 kes di India, yang merupakan penurunan sebanyak 70.7% dari kemuncak peningkatan kes hariannya iaitu 414,433 kes Covid-19 baru pada 6 Mei 2021; 16.673 kes di Amerika Syarikat, penurunan 94.5% dari kemuncak peningkatan kes hariannya sebanyak 304,998 kes pada 8 Januari 2021; 6,238 kes di UK yang merupakan penurunan 90.8% dari kemuncak peningkatan kes hariannya sebanyak 67,843 pada 8 Januari 2021; 2,557 kes baru di Itali, penurunan sebanyak 93.8% daripadanya kemuncak peningkatan harian sebanyak 41,195 pada 13 November 2020; dan 6,953 kes baru di Perancis, iaitu penurunan 91,7% dari kemuncak peningkatan kes hariannya sebanyak 83,324 kes pada 7 November 2020 dan 4,975 kes baru di Sepanyol yang merupakan penurunan 85.5% dari kemuncak angka ini 34,232 pada 15 Januari 2021.
United Kingdom, Perancis, Itali, dan Sepanyol adalah negara yang sebelum ini mencatatkan prestasi yang sangat buruk dalam mengendalikan wabak ini, tetapi kini mereka telah berubah dan menyaksikan keadaan yang lebih baik dengan kadar peningkatan kes harian yang lebih rendah berbanding dengan kadar dalam negara kita.
Malaysia telah kalah kepada Indonesia untuk 24 hari berturut dan Filipina untuk lima hari berturut-turut dari segi jumlah kes baharu Covid-19.
Malaysia dan India adalah antara dua negara dengan prestasi terburuk dalam penerbitan Covid Resilience Ranking oleh Bloomberg untuk bulan Mei 2021 -- Malaysia telah jatuh 15 anak tangga ke tempat ke-35 manakala India jatuh 20 anak tangga ke tempat ke-50 daripada 53 buah negara dengan ekonomi yang bernilai lebih daripada AS$200 bilion.
Pada kadar peningkatan kes Covid-19 semasa dalam negara, kedudukan kita dalam carta Bloomberg ini untuk bulan Jun 2021 tidak kelihatan baik.
Tidak kiralah apa pun kayu ukurnya, prestasi negara kita dalam mengendalikan wabak Covid-19 adalah antara yang terburuk di seluruh dunia. Perkara ini adalah kerana perisytiharan darurat pada 11 Januari yang membawa bersamanya penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Seakan-akan keadaan semasa Covid-19 ini tidak cukup buruk lagi, para pemimpin kerajaan kini sedang bercakap mengenai peningkatan harian sehingga 13,000 kes sehari dan kadar kematian terkumpul sehingga 23,000 kematian.
Adakah perkara ini akan menjadi sebab utama penyambungan perintah darurat dan penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada 1 Ogos?