#kerajaangagal197 -- Muhyiddin perlu memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen untuk menjelaskan mengapa Syed Saddiq menjadi mangsa pendakwaan politik dan mengapa beliau hanya didakwa tujuh bulan selepas kelulusan diberi untuk pendakwaan

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, perlu memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen untuk menjelaskan mengapa Syed Saddiq menjadi mangsa pendakwaan politik dan mengapa beliau hanya didakwa tujuh bulan selepas kelulusan diberi untuk pendakwaan.

Muhyiddin juga perlu menyenaraikan jumlah orang yang hanya didakwa di mahkamah sebulan, atau dua, tiga, empat, lima, enam, atau tujuh bulan selepas diberikan kelulusan untuk didakwa oleh Pendakwa Raya.

Sekiranya Muhyiddin gagal memberikan penjelasan yang memuaskan, maka dakwaan Syed Saddiq yang pertuduhan ini didorong oleh tujuan politik adalah betul, begitu juga dengan amaran beliau bahawa beberapa Ahli-ahli Parlimen lain yang kini juga disasarkan oleh “pihak berkuasa” dengan siasatan rasuah terhadap mereka.

Malaysia telah terjunam dalam situasi kucar-kacir kerana kerajaan yang teramat takut untuk menguji sokongannya di Parlimen, namun amatlah tidak boleh diterima apabila terdapat cubaan untuk menyalahgunakan institusi negara untuk mendakwa dan menghukum Ahli-ahli Parlimen hanya semata-mata untuk menyelamatkan kerajaan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri