#kerajaangagal171 -- Bilakah lebih daripada separuh populasi Malaysia akan diberi vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19, perkara ini adalah merupakan langkah pertama untuk memenangi perang melawan Covid-19

Lebih dari setahun yang lalu pada 24 April 2020, saya mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Pandemik Covid-19 untuk belajar dari kejayaan dan kesilapan negara lain agar kita dapat menjadi berkesan dan cekap dalam perang kita melawan wabak Covid-19.

Tetapi seperti banyak cadangan konstruktif yang saya buat tahun lalu bagaimana cara terbaik untuk melawan wabak Covid-19, ia tidak diendahkan.

Kita pernah berada 50 kedudukan di belakang China -- negara di mana wabak ini bermula dan yang mempunyai populasi 40 kali ganda lebih ramai berbanding dengan Malaysia -- dalam jumlah keseluruhan kes Covid-19, tetapi sekarang kita 68 kedudukan di hadapan China di tempat ke-33 di antara negara-negara di dunia dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi, dengan 844,870 kes berbanding dengan 92,095 kes di China.

Pengajaran terbaru yang kita dapati di Amerika Syarikat amatlah berguna untuk Malaysia -- negeri di AS dengan kadar vaksinasi yang tinggi menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan negeri yang lembat.

Sepanjang minggu yang lalu, negeri-negeri di A.S. yang telah memberi vaksinasi sepenuhnya kepada lebih daripada separuh penduduknya telah melaporkan kadar kes Covid-19 purata yang kira-kira satu pertiga daripada yang berlaku di negeri-negeri yang telah memberi vaksin sepenuhnya kepada kurang dari separuh penduduknya.

Hanya Alabama, Mississippi dan Arkansas yang baru memberi vaksin sepenuhnya kepada kurang daripada 35% penduduknya. Purata kadar kes harian di setiap negeri-negeri ini adalah antara 10 yang terburuk di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Vermont memimpin negara tersebut dengan sekitar 66% penduduknya diberi vaksin sepenuhnya - dan sementara kadar kes di sana meningkat berbanding minggu sebelumnya, negeri tersebut masih mencatatkan kadar kes terendah di Amerika Syarikat minggu lalu, dengan rata-rata kurang dari satu kes baru setiap 100,000 orang setiap hari.

Negeri-negeri yang telah memberi vaksin sepenuhnya lebih daripada separuh penduduknya melaporkan purata 2.8 kes Covid-19 baru setiap 100,000 orang setiap hari minggu lalu, berbanding purate kira-kira 7.8 kes setiap 100,000 orang setiap hari di negeri-negeri yang telah memberi vaksinasi kurang dari separuh penduduk mereka.

Terdapat maklumat lebih lanjut bahawa lebih daripada 99% kematian Covid-19 AS pada bulan Jun adalah antara orang yang tidak divaksinasi.

Semalam, Menteri Kesihatan Adham Baba mengumumkan bahawa 3,26,676 orang telah menerima dos kedua vaksin mereka dan 7,840,034 orang menerima dos pertama mereka.

Memandangkan Malaysia telah mencapai kurang dari 11% populasi yang diberi vaksin sepenuhnya setelah empat bulan pelancaran program imunisasi nasional, bilakah Malaysia akan capai lebih daripada separuh populasi sepenuhnya divaksinasi dan apakah rancangan untuk mempercepat objektif vaksinasi nasional ini pelancaran yang merupakan langkah pertama untuk memenangi perang melawan pandemi Covid-19?

Aktivis masyarakat, Dr Mohamad Rafick Khan telah menulis blog mengenai pentingnya kerajaan menyampaikan maklumat yang bermakna untuk penggunaan awam.

Beliau mengatakan bahawa dalam beberapa bulan terakhir ini, masyarakat Malaysia telah diberi maklumat yang menimbulkan rasa cemas dan perasaan putus asa, ketika rakyat Malaysia menginginkan harapan, dapat melihat cahaya di hujung terowong dan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan rakyat.

Beliau menyeru supaya program dan strategi komunikasi kerajaan dirangka semula.

Beliau mengatakan sekiranya program vaksinasi ini dilaksanakan mengikut kumpulan risiko, kadar kematian dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi sepatutnya sudah mula menurun.

Beliau menggunakan kadar kematian dan ketersediaan katil unit rawatan rapi sebagai petunjuk tidak langsung kejayaan program vaksinasi. Sekarang ini, ia menunjukkan kegagalan jangka panjang.

Apakah kerajaan bersedia untuk meningkatkan ketelusan dan menambah baik kandungan dan strategi komunikasinya?

Semalam, terdapat video berdurasi 15 minit oleh Projek Bangsa Malaysia yang memaparkan audio seseorang yang dikatakan sebagai petugas barisan depan, menggambarkan kegagalan sistem kesihatan awam di Lembah Klang.

Rakaman itu dikatakan telah dibuat pada 9 Julai, ketika terdapat siaran langsung barisan perubatan perubatan Lembah Klang yang berkongsi kisah peribadi mereka.

“Seakan-akan sebuah kapal yang sedang tenggelam, tahu? Ramai yang cuba untuk memastikan kapal ini terus terapung, tetapi terdapat mereka yang terus menebuk lubang ke atas kapal ini,” kata seorang daripada mereka.

Beliau menambah lagi bahawa terdapat keperluan mendesak untuk lebih banyak perkakasan, terutamanya tabung oksigen, dengan seorang lagi individu mengatakan yang satu tabung oksigen kini perlu dikongsi bersama lima orang pesakit.

"Kami mengganti tabung oksigen setiap jam," kata yang lain.

Di zaman media sosial, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tidak boleh berpura-pura bahawa video seperti ini tidak wujud.

Rakyat Malaysia mengharapkan respons yang jujur dari kerajaan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri