Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas -- dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan?

Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas -- dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan?

Pada 18 November 2020, kita berada di tempat ke-85 di antara seluruh negara di dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, mencatatkan sejumlah 49,730 kes Covid-19, namun semalam kita telah melonjak 25 kedudukan ke tempat ke-60 dengan 165,371 kes dan 619 kematian akibat Covid-19.

Tidak ada mana-mana negara Asia lain yang mencatatkan peningkatan 25 kedudukan seperti ini dalam tempoh dua bulan yang lepas seperti yang boleh dilihat dalam jadual di bawah:

Kedudukan Negara Asia di Peringkat Dunia dari segi jumlah kes Covid-19 terkumpul dan angka kes Covid-19 di antara 18 Nov 2020 sehingga 19 Jan 2021

Negara

Kedudukan di peringkat dunia

Jumlah kes

Kadar

Asia

18 Nov 2020

19 Jan 2021

18 Nov 2020

19 Jan 2021

peningkatan

India

2

2

8,912,704

10,596,228

1.189

Indonesia

21

19

474,455

927,380

1.955

Bangladesh

24

30

436,684

529,031

1.211

Pakistan

28

31

361,082

523,011

1.448

Filipina

26

32

410,718

504,084

1.227

Jepun

50

39

119,326

334,328

2.802

China

64

83

86,361

88,454

1.024

Myanmar

73

70

71,730

135,243

1.885

Singapura

82

89

58,130

59,157

1.018

Malaysia

85

60

49,730

165,371

3.325

Korea Selatan

92

86

28,996

73,115

2.522

Hong Kong

138

133

5,471

9,721

1.777

Thailand

151

128

3,878

12,594

3.248

Vietnam

167

173

1,288

1,540

1.196

Tambahan lagi, jadual di atas menunjukkan yang dalam tempoh daripada 18 November 2020 sehingga 19 Januari 2021, jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat 3.325 kali ganda -- peningkatan tertinggi di Asia, diikuti dengan Thailand, Jepun, dan Korea Selatan.

Jika kita tidak boleh menemui jawapan kepada persoalan berikut -- Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas -- dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan? -- maka kita berada sangat jauh daripada mendapatkan penyelesaian terhadap masalah gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Keseriusan gelombang ketiga ini telah ditonjolkan lagi dengan dua perkembangan terbaru -- pertamanya, keseluruhan negara, kecuali negeri Sarawak diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), dan keduanya, sejak daripada pelaksanaan semula PKP 2.0 pada minggu lepas, purata kes baharu setiap hari berada pada tahap setinggi 3,405 kes.

Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membalas -- walaupun sedikit lewat -- terhadap surat terbuka yang dituliskan kepada beliau oleh 46 orang pakar kesihatan awam mengenai wabak Covid-19, cadangan terpenting daripada mereka, iaitu untuk menubuhkan satu Pasukan Tindakan Covid-19 yang dianggotai oleh ahli-ahli yang datang dari pelbagai sektor dan sekumpulan pakar hal ehwal bidang mereka yang dikuasakan, masih belum berlaku, 12 hari selepas surat ini ditulis kepada Perdana Menteri.

Negara kita berhadapan dengan sebuah krisis nasional yang belum pernah dihadapi sebelum ini, dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, daerah, mahupun politik, perlu menumpukan semua usaha dan tenaga mereka kepada satu tujuan yang sama -- untuk menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19: selamatkan nyawa, elakkan keruntuhan ekonomi, berikan jaringan keselamatan ekonomi kepada rakyat dan perniagaan yang memerlukan, laksanakan langkah-langkah ini tanpa penipuan atau rasuah, dan merancang untuk pemulihan pasca-Covid-19.

Kerana sebab-sebab inilah, Yang di-Pertuan Agong perlu mempertimbangkan dengan serius untuk memanggil Persidangan Khas Parlimen untuk Covid-19, memandangkan Proklamasi Darurat tidak menghalang Baginda untuk berbuat demikian.

Tidak ada sebarang kemungkinan untuk berlakunya undian tidak percaya memandangkan Persidangan Khas Parlimen ini khusus untuk membincangkan isu-isu berkenaan Covid-19.

Perkara ini juga akan membolehkan Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan tugas penting mereka untuk memastikan terdapatnya pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19.

Menjadi suatu perkara yang tidak masuk akal untuk kita berkata-kata mengenai pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19 sekiranya semua wakil rakyat yang diundi, seperti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikecualikan daripada strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” ini.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk merangka dan melaksana satu pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 untuk menyatukan semua rakyat Malaysia -- baik sektor awam mahupun swasta, terutamanya sektor kesihatan swasta, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, PKS, sektor korporat, dan para pelabur.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri