Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status Covid-19 semua Menteri Kabinet

Dua orang Menteri Kabinet telah disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Rina Harun.

Mustapa menerima keputusan positif beliau pada petang hari Sabtu dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Rina melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam, menerima keputusannya malam semalam telah diwadkan di Hospital Sungai Buloh sejak pagi tadi.

Malaysiakini yang melaporkan jangkitan Covid-19 mereka mengatakan:

“Beberapa orang menteri yang melakukan ujian saringan selepas Mustapa telah menerima keputusan ujian saringan mereka semalam. Difahami bahawa beberapa orang mungkin didapati positif.

“Seorang menteri, apabila dihubungi pagi ini, mengatakan yang beliau juga mengetahui mengenai perkara tersebut tetapi masih belum mengetahui siapa dalam kalangan menteri kabinet yang disahkan positif.”

Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status jangkitan Covid-19 semua Menteri Kabinet dan maklumat ini perlu diberikan sepenuhnya secepat mungkin, memandangkan keadaan defisit kepercayaan yang dihadapi oleh para menteri dan pemimpin Perikatan Nasional dalam menguruskan wabak Covid-19 dalam negara kita.

Adakah Kementerian Kesihatan atau Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dengan sesegera yang mungkin?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri