Mengapa Malaysia tidak menghayati pengajaran terbaik dalam memerangi wabak Covid-19 dari sepuluh negara teratas dalam Carta Ketahanan Covid-19 Bloomberg?

Pada 24 April 2020, saya telah mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Wabak Covid-19 untuk membolehkan kita belajar dari kejayaan dan kesilapan negara lain agar kita dapat melawan wabak Covid-19 ini dengan lebih berkesan.

Tetapi seperti banyak cadangan konstruktif yang saya berikan tahun lalu, ia tidak diendahkan.

Saya telah mengatakan pada 24 April tahun lalu bahawa walaupun Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cukup baik dalam arena antarabangsa dalam perang melawan Covid-19, di mana kedudukan negara kita jatuh dari negara ke-18 teratas di dunia ke No.43 dari segi jumlah terkumpul kes Covid-19 dan dariipada tempat ke-33 ke tempat ke-49 dari segi kematian Covid-19, kita masih perlu belajar dari kejayaan dan kesilapan negara lain.

Kita pernah berada di kedudukan 50 di belakang China, negara di mana wabak itu mula menular yang mempunyai 40 kali ganda lebih ramai penduduk berbanding Malaysia dalam jumlah keseluruhan kes Covid-19, tetapi kita kini berada di 10 kedudukan mendahului China di tempat ke-72 di antara negara-negara di dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi sebanyak 117,373 kes sementara China berada di kedudukan ke-82 dengan 87,093 kes.

Soalan yang berhak diajukan oleh rakyat Malaysia ialah mengapa tidak menghayati pengajaran terbaik dalam memerangi wabak Covid-19 dari sepuluh negara teratas dalam Carta Ketahanan Covid-19 Bloomberg?

Dalam Carta Ketahanan Covid-19 Bloomberg bulanan kedua yang diterbitkan pada 21 Disember 2020, sepuluh negara teratas ialah New Zealand, Taiwan, Australia, Norway, Singapura, Finland, Jepun, Korea Selatan, China dan Denmark. Malaysia menduduki tempat ke-22.

Korea Selatan, yang berada di tempat ke-8 dalam Carta Ketahanan Covid-19 pada 21 Disember tahun lalu, di mana Menteri Kesihatannya, Kwon Deok-cheol, baru saja mengumumkan perluasan larangan perjumpaan yang melibatkan kumpulan yang lebih besar daripada empat orang untuk merangkumi keseluruhan negara, dan memanjangkan pelaksanaan peraturan jarak sosial yang belum pernah terjadi sebelumnya ini di Seoul dan kawasan-kawasan berjiranan sehingga 17 Januari untuk menumpaskan lonjakan Covid-19 di negara itu yang telah menyebabkan lonjakan kematian.

Sekiranya kita melihat data pandemik Covid-19 Korea Selatan, negara tersebut berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik daripada Malaysia, tetapi Korea Selatan memandang serius terhadap wabak Covid-19 ini.

Korea Selatan berada di kedudukan ke-86 dengan 62,593 kes kumulatif Covid-19, mencatat peningkatan harian sebanyak 824 kes Covid-19 baru dan 942 kematian - berbanding dengan Malaysia, di kedudukan 72, dengan 117,373 kes Covid-19, dengan kenaikan harian terbaru sebanyak 2,295 kes baharu Covid-19 dan sejumlah 483 kematian.

Menteri Kesihatan Malaysia, Adham Baba memang telah terus menghilangkan dirinya sejak daripada beberapa siri kesilapan yang telah memusnahkan kredibiliti beliau seperti isu “air suam untuk merawat Covid-19”, “500 negara di seluruh dunia”, dan “15 negeri di Malaysia”.

Tetapi Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin tidak dapat menyingkirkannya daripada jawatan Menteri Kesihatan kerana Adham Baba menjadi kunci nasib politik Muhyiddin -- adakah Muhyiddin boleh menang di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya tidaklah cuba untuk mencadangkan supaya kita kembali kepada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang menutup segala aktiviti dalam negara, namun begitu, kita perlulah bersifat lincah dan pantas dalam berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh Covid-19.

Tidak ada sebarang keraguan, dalam beberapa bulan yang lepas, Muhyiddin telah kehilangan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia dalam kebolehan kerajaan beliau untuk menguruskan wabak Covid-19 ini. Terutamanya dengan layanan berbeza dan pendirian hipokrit yang ditunjukkan oleh para menteri dan pemimpin Perikatan Nasional.

Komen Dr Mohamed Rafick Khan mengenai wabak Covid-19 seperti berikut perlu dipertimbangkan bukan hanya oleh rakyat Malaysia biasa tetapi juga oleh pihak berkuasa:

“Seperti orang lain, saya juga pernah mengikuti ritual harian mengikuti perkembangan terkini kes Covid-19 dengan pada masa yang sama, cuba untuk memberikan cadangan kepada rakan-rakan saya di KKM. Malangnya, tidak semua dipertimbangkan dan saya hormati keputusan mereka.

“Lama kelamaan, dengan pemerhatian terhadap apa yang saya lihat sebagai strategi yang tidak masuk akal dan penguatkuasaan undang-undang secara tidak saksama, saya merasakan tidak ada gunanya lagi untuk mengikuti siaran media harian ini lagi.

“Hari ini, saya melawat laman FB KKM dan melihat komen di sana. Saya cuba memberikan komen yang diharapkan boleh mencetuskan perbahasan (menggunakan nama samaran) tetapi ia dipadam dengan pantas dalam beberapa minit. Apa yang dibenarkan hanyalah segala macam pujian kepada KKM dan pegawai atasannya serta doa kepada Allah.

“Pada 2/1/21, jumlah kes positif adalah 117,373, manakala jumlah yang dianggap sembuh (ujian C19 negatif) 94,492 dan jumlah kematian setakat ini adalah 483 kes.

"Mari kita cuba fahami angka-angka ini. Pada dasarnya, 80.51% kes yang diuji positif dihospitalisasikan dan kemudian dihantar pulang dan dianggap sembuh (dengan diuji negatif) dan 0.411% mati. Jumlah pesakit di hospital ketika ini adalah 19.07% daripada jumlah kes yang positif.

"Dari kajian ilmiah lain berdasarkan kes-kes Malaysia yang diterbitkan dalam The Lancet Regional Health - Western Pacific Medical Journal bertajuk KARAKTERISTIK KLINIKAL DAN FAKTOR RISIKO UNTUK BEBERAPA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA: KAJIAN OBSERVASI NASIONAL oleh Benedict Lim Heng Sim et al, dilaporkan sehingga 92% menghidap penyakit ringan dengan kadar kematian rendah 1.2%. Sekiranya kita mengambil temuan kajian ini dan mengekstrapolasi dengan statistik hari ini, kita dapat menyimpulkan perkara berikut:

  1. KKM mengakui 20,606 kes ringan dan tanpa simptom di hospital dan kemasukan yang tidak perlu ini membebankan sumber hospital dan menafikan pesakit yang berhadapan penyakit lain dari rawatan di hospital;
  2. Baki 1,667 mungkin kes sederhana yang memerlukan sokongan perubatan simptomatik dan baki 125 kes cukup serius yang memerlukan rawatan ICU.

“Oleh itu, adalah wajar KKM meninjau kembali strategi kemasukan dan pengasingan dan mula menguruskan sumber-sumber hospital secara optimum dan berhenti memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat mengenai penyakit dan kesannya kepada masyarakat melalui taklimat umum.

"Ia perlu memberikan angka yang lebih meyakinkan seperti jumlah harian pesakit yang dianggap ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital. Menyesatkan orang ramai adalah suatu jenayah dan memberi kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat.

"Ramai profesional yang kerap bekerja berhenti mendengar taklimat harian KKM dan MKN. Rasa hormat yang pernah ada pada kerajaan dan KKM telah berkurang kerana kebodohan sendiri, lebih baik ia diuruskan dengan cepat sebelum hilang.

"Kita harus mulai memberikan gambaran benar yang positif dan program Percubaan Vaksin ini mungkin paling baik diutamakan untuk orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik yang sedia ada."

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri