Mengapakah Malaysia adalah antara negara dengan prestasi terburuk dalam mengawal penularan wabak Covid-19 dalam tempoh tiga bulan yang lepas?

Walaupun kadar peningkatan kes harian Covid-19 telah menurun ke julat sekitar 2,000 kes sehari dalam tempoh lima hari yang lepas, jauh daripada kemuncak 5,728 dan 5,723 kes pada 30 dan 29 Januari yang lalu, hakikat di mana Malaysia adalah antara negara dengan prestasi terburuk dalam mengawal penularan wabak Covid-19 dalam tempoh tiga bulan yang lepas terus menjadi perkara yang tidak menyenangkan.

Pada 18 November 2020, negara kita berada di tempat ke-85 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul tertinggi.

Kita kini telah melompat 40 kedudukan dalam tempoh tiga bulan yang lepas dan kini merupakan negara di tempat ke-85 dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul yang tertinggi.

Untuk perbandingan, China yang berada di tempat ke-62 pada 18 November 2020 kini berada di tempat ke-84 -- kedudukannya diatasi oleh 22 buah negara dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Malaysia kini memegang rekod mencatatkan lompatan kedudukan tertinggi dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Malah, negara dengan rekod terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19 sekalipun, Amerika Syarikat, yang telah mencatatkan 28.5 juta kes, telah berjaya menambah baik usaha mengawal penularan wabak ini di negara mereka.

Negara tersebut mencatatkan secara purata kira-kira 81,000 kes sehari dalam minggu lepas, kadar terendah sejak permulaan November lepas. Semalam, AS mencatatkan 62,125 kes baharu. Pada kemuncak penularan wabak ini di AS, negara tersebut mencatatkan 308,442 kes pada 8 Januari yang lepas.

Amerika terus mencatatkan secara purata kira-kira 2,000 kematian sehari, mencatatkan lebih daripada 500,000 kematian setakat ini akibat Covid-19. Negara tersebut mencatatkan 4,502 kematian pada 12 Januari.

Malah India, negara di tempat kedua dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi (dengan lebih daripada 10.96 juta kes), mencatatkan kemuncak penularan wabak ini pada 16 September dengan 97,859 kes, dan jumlah ini telah turun kepada hanya 12,643 kes semalam. India juga mencatatkan kemuncak kadar kematian pada 15 September 2020 dengan 1,283 kematian, berbanding dengan hanya 85 kematian semalam.

Untuk perbandingan, negara kita mencatatkan 25 kematian semalam, yang merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia.

Tanpa sebarang ragu, prestasi Malaysia memang jauh lebih baik berbanding dengan Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah, tetapi kita tidak boleh hendak dibandingkan dengan negara-negara Asia seperti Taiwan atau Vietnam yang kini dilihat sebagai negara dengan prestasi yang terbaik dalam perang melawan wabak Covid-19.

Bolehkah kerajaan Muhyiddin menjelaskan mengapakah Malaysia tergolong dalam kalangan negara-negara dengan prestasi terburuk dalam cubaan untuk mengawal wabak Covid-19, dan juga dalam usaha untuk mengendalikan impak sosial, pendidikan, dan ekonomi yang disebabkan oleh wabak ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri