SOP perayaan Tahun Baru Cina adalah bukti terbaru kegagalan kerajaan untuk merangkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19
SOP perayaan Tahun Baru Cina adalah bukti terbaru kegagalan kerajaan untuk merangkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19.
Rakyat Malaysia yang mahu menyokong usaha negara kita untuk mengawal kembali gelombang ketiga wabak Covid-19 semestinya akan marah dan disusahkan dengan SOP baharu perayaan Tahun Baru Cina ini, memandangkan SOP ini ditulis oleh mereka yang tidak menyedari mengenai keperluan untuk kerajaan mendapatkan semula kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat jika kita tidak mahu kalah dalam perang melawan Covid-19 ini.
Tidak ada sesiapa pun yang cuba mempersoalkan keperluan untuk mempunyai SOP untuk perayaan Tahun Baru Cina, tetapi kita mempersoalkan SOP yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob semalam.
SOP Tahun Baru Cina ini perlulah ditarik semula dan digantikan dengan satu SOP baharu yang lebih sensitif kepada keperluan untuk mendapatkan semula kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat dalam usaha memerangi wabak Covid-19 di Malaysia.