Prestasi buruk Malaysia dalam menangani penularan Covid-19: Dalam tempoh 30 hari sepanjang Disember 2021, Malaysia merekodkan 20 kali ganda kes Covid-19 dan empat kali ganda korban akibat Covid-19 berbanding Indonesia, yang mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia

Hari ini adalah hari terakhir minggu terakhir untuk tahun 2021.

Saya telah menulis tentang perkara-perkara memalukan yang melanda Malaysia setiap hari dalam enam hari minggu terakhir 2021.

Hari ini tidak terkecuali.

Hari terakhir memalukan dalam minggu terakhir yang amat memalukan menyaksikan negara kita merekodkan 20 kali ganda jumlah kes Covid-19 dan empat kali ganda jumlah kes korban Covid-19 lebih banyak berbanding Indonesia – yang mana mempunyai lebih daripada lapan kali ganda penduduk Malaysia – dalam tempoh 30 hari sepanjang Disember 2021 bermula dari 1 Disember hingga 30 Disember.

Pada 1 Disember 2021, Malaysia mempunyai 2,638,221 kes terkumpul Covid-19 dan 30,474 korban terkumpul manakala pada 30 Disember, jumlah itu meningkat kepada 2,754,013 kes Covid-19 dan 31,462 korban Covid-19, yang bersamaan dengan 116,292 kes Covid-19 dan 988 kes kematian Covid-19 dalam tempoh 30 hari sepanjang Disember 2021.

Sementara Indonesia, jumlah terkumpul kes Covid-19 pada 1 Disember 2021 adalah sebanyak 4,256,687 dan 143,840 korban yang meningkat kepada 4,262,546 kes Covid-19 dan 144,088 kes Covid-19 pada 30 Disember - bermaksud 5,989 kes Covid-19 dan 248 korban telah dicatatkan selama 30 hari sepanjang bulan Disember 2021.

Angka-angka kes wabak Covid-19 di Malaysia dan Indonesia ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai 20 kali ganda kes Covid-19 dan empat kali korban lebih tinggi berbanding Indonesia, yang mempunyai jumlah pendudukan lapan kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia.

Malaysia berada di kedudukan ke-27 dan Indonesia berada di kedudukan ke-45 dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) 2021 yang mengukur kapasiti 195 negara untuk bersiap sedia menghadapi epidemik dan pandemik.

Mengapa kedudukan Malaysia menjunam begitu teruk?

Ketika Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos, terdapat peningkatan sepuluh kali ganda dalam kes harian baharu Covid-19 kepada 22,262 kes dari tarikh pengisytiharan Darurat pada 11 Januari 2021 dan peningkatan lebih 50 kali ganda dalam jumlah korban harian Covid-19 kepada 223 kematian Covid-19 pada hari tersebut.

Kita telah kalah dalam perang melawan pandemik Covid-19, dan jika kadar lonjakan kes dan kematian Covid-19 berterusan, pada penghujung 100 hari pertama Ismail Sabri pada akhir November, kita mungkin mempunyai lima juta kes terkumpul Covid-19 dan kira-kira 100,000 kematian terkumpul Covid-19 dan bakal mengumpulkan kira-kira 10 juta kes Covid-19 dan kira-kira 200,000 kematian Covid-19 menjelang akhir tahun.

Ini adalah salah satu sebab utama mengapa saya menyokong memorandum persefahaman (MOU) keyakinan-pembekalan-pembaharuan (CSR) antara Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan, apabila negara berdepan dengan risiko ancaman yang melibatkan jutaan kes Covid-19 dan berpuluh-puluh ribu nyawa manusia, rakyat Malaysia mesti mengenepikan perbezaan mereka untuk melindungi nyawa, mata pencarian dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Kita telah menamatkan pandemik Covid-19 yang paling teruk tetapi kita masih belum memenangi perang melawannya.

Daripada jumlah terkumpul lima hingga sepuluh juta kes Covid-19 dan 100,000 hingga 200,000 kematian Covid-19, kita kini mempunyai jumlah kes terkumpul pada akhir tahun sebanyak 2.75 juta kes Covid-19 dan lebih 31,000 korban Covid-19.

Kita telah mengelak malapetaka besar bagi Malaysia tetapi kadar penurunan dalam kes Covid-19 dan korban Covid-19 sangat perlahan.

Semalam, Indonesia merekodkan 189 kes harian baharu Covid-19dan tujuh korban Covid-19 berbanding 3,997 kes harian baharu Covid-19 dan 34 korban Covid-19 di Malaysia.

Indonesia mempunyai satu hari pada bulan Disember di mana kes harian baharu turun ke julat satu angka dan selama 18 hari pada bulan Disember merekodkan kes korban satu angka, tetapi di Malaysia angka kes tidak pernah turun di bawah 2,232 kes seperti sebelum Darurat diisytiharkan dan kadar korban Covid-19 terendah yang dicatatkan pula adalah sebanyak 17 kes.

Muncul sedikit harapan pada 27 dan 28 Disember yang memperlihatkan Malaysia mungkin dapat menurunkan kes Covid-19 ke bawah paras 2,232 kes seperti sebelum Darurat diisytiharkan tetapi harapan itu musnah apabila kes harian baharu Covid-19 meningkat kepada 2,997 kes semalam.

Bilakah gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia, yang telah menjadi salah satu gelombang Covid yang paling lama di dunia yang berlangsung selama 15 bulan sejak September tahun lalu, akan berakhir?

Untuk menangani keburukan Covid-19 ini, Kabinet harus menubuhkan sebuah suruhanjaya pakar kesihatan awam untuk mengkaji mengapa Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat buruk dalam perang melawan pandemik Covid-19 supaya kita boleh lebih bersedia menghadapi pandemik masa depan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri