Bilakah situasi di Malaysia akan kembali ke era seperti sebelum darurat pada 11 Januari 2021 di mana terdapat hanya 2,232 kes harian Covid-19 dan hanya empat kematian akibat Covid-19
Bilakah situasi di Malaysia akan kembali ke era seperti sebelum darurat pada 11 Januari 2021 di mana terdapat hanya 2,232 kes harian Covid-19 dan hanya empat kematian akibat Covid-19.
Selepas kita berjaya kembali ke keadaan Covid-19 seperti sebelum darurat, kita masih mempunyai satu lagi cabaran besar – untuk menamatkan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia yang berlarutan di Malaysia sejak pilihan raya negeri Sabah pada September tahun lalu, yang telah berlangsung selama lebih 15 bulan dan masih berterusan sekarang ini.
Kedua-dua soalan itu membentangkan betapa besarnya kegagalan Malaysia dalam menangani Covid-19 selama dua tahun yang lepas dengan cekap dan berkesan, kerana Malaysia telah didedahkan sebagai salah satu negara paling teruk di dunia dalam pengendalian Covid-19 walaupun mempunyai kadar vaksinasi nasional yang tinggi.
Kini, Malaysia sedang mengalami masalah dalam pengurusan bencana banjir di Selangor.
Mengenai Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan peningkatan kes Covid-19 sekiranya SOP tidak dapat dipatuhi sepenuhnya semasa dalam situasi banjir.
Laporan semalam mengenai 3,140 kes baharu Covid-19 setiap hari menjadi punca kebimbangan, kerana ia memusnahkan harapan untuk sebarang pengurangan pesat dalam kes Covid-19 baharu harian – seperti yang ditunjukkan pada hari sebelumnya, di mana terdapat 2,580 kes baharu Covid-19 setiap hari, kadar terendah sejak 3 Mei 2021.
Malaysia mencatatkan kes dalam julat 2000+ kes selama satu hari dan kita kini kembali ke julat 3000+ sedangkan kita telah bergelut dengan 3,000+ kes selama sepuluh hari yang lepas!
Adakah kita perlu terus berhadapan dengan angka dalam julat 3000 kes ini untuk sepuluh hari terakhir 2021 dan terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan sebelum kita dapat kembali ke era pra-Darurat?
Adakah gelombang penularan terpanjang di dunia ini akan berlanjut sehingga tahun baharu?
Kematian akibat Covid-19 kita berada dalam keadaan yang amat buruk berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain – semalam kita mencatatkan 57 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 54 di India, 32 di Thailand, 11 di Indonesia, 10 di Filipina, dan dua di Singapura.
Salah urus kelihatan seperti agenda utama Kerajaan Persekutuan Ismail Sabri ini.
Dalam keadaan sebegini, bagaimanakah Malaysia hendak membersihkan namanya apabila kita kini dilanda bencana berkembar – pandemik Covid-19 dan tragedi banjir?