Sejarah telah membuktikan DAP tepat dan sebaliknya pemimpin kerajaan Sarawak yang diwakili GPS salah apabila lulusnya Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 untuk memperbaiki ketidakadilan selama 45 tahun yang disebabkan Pindaan Perlembagaan tahun 1976

Sejarah telah membuktikan DAP tepat dan sebaliknya pemimpin kerajaan Sarawak yang diwakili GPS salah apabila lulusnya Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 di Dewan Rakyat untuk memperbaiki ketidakadilan selama 45 tahun yang disebabkan Pindaan Perlembagaan tahun 1976.

Para pemimpin GPS tidak boleh semata-mata hanya menyalahkan Kerajaan Persekutuan untuk Pindaan Perlembagaan 1976 yang telah meletakkan Sarawak di kedudukan yang merugikan untuk setengah abad ini kerana pemimpin Barisan Nasional Sarawak juga telah sebulat suara bersetuju dengan Pindaan 1976 ini dan perlu menanggung setengah tanggungjawab apabila Sarawak dilayan seperti “anak tiri” dalam setengah abad yang lepas.

Satu-satunya parti politik yang menentang Pindaan 1976 ini adalah DAP, dan DAP menentang pindaan ini sebelum DAP mula membuka cawangan di Sarikei, Sibu, dan Kuching pada tahun 1978.

Perkara ini menunjukkan yang DAP sentiasa meletakkan hak dan kepentingan orang Sarawak sebagai perkara yang utama.

Perkara pertama yang perlu dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan diundi esok adalah untuk menubuhkan Jawatankuasa Semua Parti untuk menuntut pampasan yang adil daripada Kerajaan Persekutuan kerana gagal untuk mematuhi komitmennya terhadap Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Persekutuan kerana tidak mematuhi MA63 dengan memastikan ada peruntukan kewangan yang berpatutan dan adil, autonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan, hak cari gali minyak, dan sumber pembangunan yang adil untuk setengah abad.

Penting untuk wakil DAP dilantik ke dalam Jawatankuasa Semua Parti untuk Pampasan Adil dari Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak atas Kegagalan Untuk Komited kepada MA63 ini kerana sembilan undi dari DAP di Parlimen melawan Pindaan Perlembagaan 1976 pada 13 Julai 1976 telah terbukti tepat dalam sejarah.

Malah, Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu ini perlu bersidang dalam tahun ini juga untuk menunjukkan keseriusan dalam menuntut pampasan yang adil dari Kerajaan Persekutuan dan merangka rang undang-undang pampasan yang patut dibentangkan dalam persidangan Parlimen pada bulan Februari akan datang.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri