Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melonggarkan SOP Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk memastikan berlangsungnya satu “pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil” yang tidak disekat atas nama mengekang penularan wabak Covid-19

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melonggarkan SOP Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk memastikan berlangsungnya satu “pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil” yang tidak disekat atas nama mengekang penularan wabak Covid-19.

Semua orang setuju yang dalam PRN Sarawak ini, kita semua tidak boleh lalai daripada keadaan wabak Covid-19 dan perlu melakukan apa sahaja yang kita boleh lakukan untuk menghalang penularan wabak ini, tetapi perkara ini tidaklah patut digunakan sebagai alasan untuk menyekat suatu pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.

Atas sebab inilah saya tidak bersetuju dengan sesetengah SOP yang telah diumumkan untuk PRN Sarawak ini.

Sebagai contoh, tidak ada sebab untuk menghadkan perjalanan merentas negeri untuk berkempen kepada hanya lima orang pemimpin tertinggi sesebuah parti, perkara ini hanya menyekat perjalanan sebuah pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil” dan bukannya menyekat penularan wabak Covid-19.

Tidak ada sebab juga untuk menghadkan ceramah hanya kepada 64 kerusi di atas sebab “akses internet yang tidak baik”. Apa yang penting adalah supaya SOP Covid-19 dipatuhi untuk mengelakkan penularan Covid-19, bukannya sama ada sesuatu kawasan itu mempunyai liputan internet yang baik atau tidak.

Sekiranya 60 kawasan kerusi DUN ini boleh mengadakan ceramah dengan mematuhi SOP Covid-19, tidak ada sebab mengapa kawasan-kawasan lain tidak boleh mengadakan ceramah, asalkan SOP Covid-19 ini dipatuhi -- melainkan sebab sebenar sekatan ini adalah untuk membantu parti politik tertentu dengan memberikan mereka kelebihan dalam PRN Sarawak di 22 lagi kerusi melalui cara yang bertentangan dengan semangat pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.

SOP PRN Sarawak sedia ada ini memenuhi objektif untuk mengekang penularan wabak Covid-19, bukannya untuk mengadakan pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu segera berunding dengan semua parti politik mengenai bagaimana SOP PRN Sarawak ini dapat dilonggarkan untuk memenuhi kedua-dua objektif untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan pada masa yang sama untuk mengadakan pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri