Kementerian Pendidikan perlu bertindak pantas untuk melaksanakan ujian saringan Covid-19 di rumah atau bekalkan para guru dan kakitangan sekolah dengan kit perlindungan diri untuk mengelakkan jangkitan wabak Covid-19
Kementerian Pendidikan perlu bertindak pantas untuk melaksanakan ujian saringan Covid-19 di rumah atau bekalkan para guru dan kakitangan sekolah dengan kit pelindungan diri untuk mengelakkan jangkitan wabak Covid-19.
Kementerian Pendidikan pada 27 November telah mengatakan yang pelajar sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 mandatori mengikut giliran pada setiap hari Rabu selari dengan Strategi Ujian Saringan Covid-19 Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Dalam membantah pelaksanaan ujian saringan untuk pelajar sekolah rendah pada setiap hari Rabu bermula 1 Disember ini, Setiausaha Agung NUTP, Wang Heng Suan, telah mencadangkan supaya para pelajar menjalani ujian saringan ini di rumah dengan ibu bapa mereka, dengan para ibu bapa dimaklumkan mengenai perkara ini dan dibekalkan dengan kit ujian saringan.
Para ibu bapa kemudiannya boleh melaporkan keputusan ujian saringan ini dengan memuat naik gambar keputusan ujian ini kepada guru kelas masing-masing.
Guru-guru yang diminta untuk menjalankan ujian saringan ini mengadu yang perkara ini merbahaya dan meletakkan mereka dalam risiko jangkitan memandangkan mereka tidak dibekalkan dengan kit pelindungan diri, seperti sarung tangan, pelitup muka, dan lain-lain untuk menjalankan ujian saringan ini.
Ahli-ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian saringan RTK ini dua kali seminggu, tetapi pegawai kesihatan yang menjaga proses ujian saringan ini dilindungi dengan kit pelindungan yang lengkap.
Oleh itu, adalah tidak masuk akan dan tidak bertanggungjawab untuk pihak Kementerian Kesihatan meminta para guru untuk menjalankan ujian saringan untuk pelajar sekolah rendah ini tanpa menyediakan sebarang peralatan perlindungan diri.
Perkara ini akan menghalang jangkitan Covid-19 dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah sekiranya ada pelajar yang disahkan positif.