Adakah Malaysia kini sedang dijangkiti penyakit melantik penasihat, di mana Perdana Menteri Ismail Sabri akan mempunyai 31 orang Penasihat Khas untuk ke semua 31 orang Menteri dalam Kabinet beliau, manakala setiap orang Menteri juga akan juga mempunyai Penasihat Khas juga?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad, telah memaklumkan kepada Parlimen yang Perdana Menteri Ismail Sabri mempunyai tiga orang penasihat khas yang menasihati beliau mengenai hal ehwal kesihatan, agama, dan juga undang-undang dan hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said adalah penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia, Pengerusi UMNO Kedah, Jamil Khir Baharom pula adalah penasihat khas hal ehwal agama, mana ahli jawatankuasa Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mantan dekan Fakulti Kesihatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamarulzaman dijangka akan dilantik menjadi penasihat khas kesihatan Ismail Sabri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga mempunyai seorang penasihat khas, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mantan timbalan menteri kesihatan.

Adakah Malaysia sedang diserang penyakit melantik penasihat khas, di mana Perdana Menteri Ismail Sabri akan akhirnya mempunyai 31 orang atau lebih lagi penasihat khas, yang akan menasihati beliau untuk kesemua Menteri Kabinet beliau manakala setiap Menteri juga akan melantik penasihat khas masing-masing?

Apabila kita sampai ke tahap ini, tidak keperluan lagi untuk diadakan mesyuarat Kabinet mingguan, cukuplah digantikan dengan mesyuarat mingguan penasihat khas.

Apakah justifikasi pelantikan Penasihat Khas Perdana Menteri untuk portfolio yang sudah ada menterinya ini? Adakah perkara ini menunjukkan kekurangan kepercayaan Perdana Menteri sendiri dalam Menteri dan Kementerian beliau?

Kalau macam ini, lebih baik buang terus Menteri Kabinet dan gantikan sahaja dengan Penasihat Khas!

Bukan ini sahaja lantikan “gaji buta” di bawah Ismail Sabri -- kita bukan sahaja ada lantikan GLC yang “tidak berguna”, tetapi juga duta khas ke kawasan tertentu sedangkan kita sudah ada duta yang dilantik ke negara-negara ini, membawa kepada situasi di mana kita mempunyai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang tidak boleh melawat Arab Saudi!

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri