Selepas Kabinet Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan hari ini, bolehkah Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy menjelaskan mengapa meskipun kadar vaksinasi kebangsaan mencapai 44.5 peratus populasi, Malaysia masih mencatatkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 dan kes kematian akibat wabak itu kerana semalam kita ditempatkan di kedudukan ke-6 di dunia untuk kes harian baharu Covid-19 dan berada di kedudukan ke-7 di dunia untuk kes kematian harian Covid-19

Pemergian mantan Yang di-Pertua dan Ketua Menteri Sabah, Sakaran Dandai; mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bersatu, Lajim Ukin; mantan Ketua Setiausaha Negara, Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin serta peristiwa seorang Timbalan Menteri tidak dapat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, seharusnya membuka mata barisan ahli Kabinet yang baharu dan rakyat Malaysia tentang kepentingan untuk memberikan tumpuan tunggal terhadap kemenangan dalam perang melawan wabak Covid-19 selain mengakhiri peningkatan berterusan angka kematian dan kemusnahan terhadap mata pencarian rakyat Malaysia serta ekonomi negara yang disebabkan oleh penularan wabak berkenaan.

Selepas Kabinet Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan hari ini, bolehkah Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin menjelaskan mengapa meskipun kadar vaksinasi kebangsaan mencapai 44.5 peratus populasi, Malaysia masih mencatatkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 dan kematian akibat wabak itu kerana semalam kita ditempatkan di kedudukan ke-6 di dunia untuk kes harian baharu Covid-19 dan berada di kedudukan ke-7 di dunia untuk kes kematian harian Covid-19?

Jika dibandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Jerman -- negara-negara eropah yang pada awalnya menunjukkan prestasi yang buruk -- negara-negara tersebut kini mencatatkan kadar kes harian baharu Covid-19 dan kes kematian akibat wabak itu lebih rendah sejajar dengan peningkatan kadar pemberian vaksin.

Malah, United Kingdom juga telah berjaya menurunkan kadar kematian meskipun mencatatkan kes harian baharu Covid-19 yang tinggi.

Khairy juga perlu menjelaskan mengapa untuk enam hari berturut-turut, Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid-19 lebih tinggi berbanding Indonesia dan Filipina, meskipun kedua-dua negara untuk mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai.

Bukan itu sahaja, kita turut menewaskan semua negara ASEAN dan Asia untuk “kes baharu persejuta penduduk” pada 28 Ogos 2021 seperti yang disiarkan dalam laman web “Our World In Data. Kita menerima markah sebanyak 689.43, iaitu 10 kali ganda kadar purata dunia sebanyak 68.39.

Bilakah Khairy akan mengumumkan sebuah dasar baharu yang berlandaskan data dan sains, selain menerapkan pendekatan dan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan negara” yang melibatkan mobilasi seluruh rakyat Malaysia selain mengakhiri mentaliti “Dua Darjat” yang telah disuarakan saya sejak 20 bulan lalu?

Bilakah rakyat Malaysia akan dapat melihat kekalahan dalam peperangan melawan wabak ini akhirnya bertukar menjadi suatu kemenangan -- adakah dalam bulan September atau bila?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri