Peletakan jawatan oleh Azalina sebagai Timbalan Speaker membuka jalan untuk reformasi Parlimen dengan melantik seorang Timbalan Speaker daripada kalangan Ahli-ahli Pembangkang

Peletakan jawatan oleh Azalina sebagai Timbalan Speaker membuka jalan untuk reformasi Parlimen dengan melantik seorang Timbalan Speaker daripada kalangan Ahli-ahli Pembangkang.

Namun, perkara ini mestilah menjadi sebahagian daripada reformasi Parlimen dan institusi yang memerlukan komitmen pelaksanaan daripada Perdana Menteri sendiri.

Terdapat banyak perkara yang memerlukan komitmen Perdana Menteri -- terutamanya pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan masyarakat” untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19.

Kerana inilah Perdana Menteri baharu ini perlu bersifat terbuka kepada kritikan dan cadangan, seperti yang telah diberikan oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai tindakan mengetepikan peranan doktor am swasta dalam Program Immunisasi Kebangsaan (PICK); pemecutan pelaksanaan program vaksinasi di negeri-negeri di luar Lembah Klang; sambungan semula program bantuan makanan khas untuk pelajar sekolah dan dasar baharu untuk mengakhiri angka kematian akibat Covid-19 yang tingggi dan untuk meneyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Krisis politik yang dihadapi negara hanya boleh diselesaikan dengan semua parti-parti politik kembali semula kepada prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara -- sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, dan penghormatan kepada hak asasi manusia.

Kita perlu kembali kepada kehidupan normal sebelum kita boleh memulakan fasa seterusnya perjuangan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah sinar cahaya dalam dunia yang kelam dna terganggu.

Namun, sebelum kita boleh menjadi “sinar cahaya” kepada dunia, kita perlu mencapai status negara hebat bertaraf dunia, bukannya kekal dalam arah menjadi sebuah negara gagal.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri baharu kita.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri