Malaysia berdepan masa depan suram apabila negara kita bakal melepasi tahap 1.5 juta kes hari ini, dan 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih dari 15,000 kematian akibat Covid-19 pada Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan melepasi paras 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 19,000 kematian pada Hari Malaysia, 16 September 2021
Semalam, kita memecahkan satu lagi rekod kes harian baharu Covid-19 -- 22,948 kes dan hari ini, kita bakal memecahkan rekod lain dengan mencapai paras 1.5 juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19. Adakah kita akan mencipta satu lagi rekod baharu pada Sabtu, 21 Ogos, dengan melepasi paras 14,000 untuk kematian akibat wabak itu?
Pada 11 Januari 2021, semasa darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 138,224 dengan 555 kematian.
Kini, kita mempunyai jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 1,489,460 dengan 13,480 kematian -- kira-kira 11 kali ganda jumlah kes Covid-19 dan 24 kali ganda jumlah kematian akibat wabak itu sejak 11 Januari tahun ini.
Kita bakal memintas Chile, dalam tempoh seminggu, dan Republik Czech dalam masa dua hari selepas itu, untuk berada di kedudukan ke-23 antara negara-negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, dan berdepan persoalan sama ada kita juga bakal memintas Filipina, yang kini berada di kedudukan ke-22 dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, menjelang sambutan Hari Malaysia ke-58.
Malaysia berdepan masa depan suram ekoran bakal melepasi paras 1.5 juta kes hari ini, dan melepasi paras 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih 15,000 kematian akibat Covid-19 pada Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan melepasi paras 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 19,000 kematian pada Hari Malaysia, 16 September 2021
Mampukah kita mengelakkan angka-angka mengerikan ini daripada direkodkan pada Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58?
Ini bakal menjadi ujian terbesar buat Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.
Adakah beliau bersedia untuk mempertaruhkan kepemimpinannya pada kemampuannya untuk mengubah arus kekalahan dan menguasai perang yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya terhadap wabak Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia?
Ini adalah persoalan yang akan dipertanyakan setiap rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri baharu diumumkan kelak.