Muhyiddin perlu meletakkan jawatan selepas hari yang terburuk dalam sejarah wabak Covid-19 Malaysia selama 20 bulan semalam, dengan jumlah kes harian, kematian, kemasukan ICU dan kes aktif yang tertinggi
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan selepas hari yang terburuk dalam sejarah wabak Covid-19 Malaysia selama 20 bulan semalam, dengan jumlah kes harian, kematian, kemasukan ICU dan kes aktif yang tertinggi.
Semalam, Malaysia mencatat rekod baharu dengan 19,819 kes harian Covid-19, 257 kematian Covid-19, 1,069 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 210,000 kes aktif Covid-19.
Malaysia mengambil masa 10 bulan untuk mencapai 19,627 kes Covid-19 pertama pada 27 Oktober dan 251 kematian pertama Covid-19 pada 2 November, tetapi semalam Malaysia melepasi angka suram ini dalam satu hari.
Perang Muhyiddin terhadap wabak Covid-19 ini telah gagal sepenuhnya -- sama ada darurat enam bulan yang menyaksikan kes Covid-19 meningkat lima kali ganda dan kematian Covid-19 yang meningkat sebanyak 16 kali mahupun Pelan Pemulihan Nasional.
Kita sepatutnya beralih ke Fasa 3 pada bulan September dan Oktober dengan salah satu daripada tiga nilai ambang adalah kurang dari 2,000 kes Covid-19 sehari, tetapi kita berada di arah yang berlawanan dengan sepuluh kali ganda dan akan memecahkan angka 20,000 untuk kes baru setiap hari , dengan ramalan Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengenai 24,000 kes harian pada pertengahan September yang mungkin boleh dikira sebagai agak konservatif.
Kejatuhan Malaysia untuk menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam wabak Covid-19 dapat dilihat dengan jelas dalam Carta Ketahanan Bloomberg, yang menyaksikan Malaysia menjunam dari tempat ke-16 pada bulan Januari ke tempat ke-51 pada bulan Jun dan ke ke-52 pada bulan Julai daripada 53 ekonomi diukur dalam kategori ekonomi yang lebih dari AS$ 200 bilion.
Di peringkat global, kes Covid-19 telah melepasi angka 200 juta dengan Amerika Syarikat sebagai negara dengan prestasi terburuk di dunia dengan lebih dari 36 juta kes Covid-19 dan lebih dari 631,000 kematian.
Tetapi sejak pelantikan Presiden Biden pada bulan Januari tahun ini, keadaan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat dalam tujuh bulan terakhir telah bertambah baik, sehinggakan ada hari di mana AS mencatatkan lebih sedikit kes harian atau kematian akibat Covid-19 berbanding Malaysia.
Untuk masa yang agak lama, Malaysia mencatatkan lebih banyak kes harian per sejuta penduduk dan kematian per sejuta penduduk yang lebih tinggi berbanding AS.
Semalam, kita berada di tempat ke-10 dunia dari segi kes Covid-19 baru setiap hari dan kematian Covid-19 baru setiap hari.
Muhyiddin tidak boleh menunggu hingga bulan September untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen kerana jelas bahawa beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.
Parlimen harus bersidang segera pada bulan Ogos dengan satu agenda sahaja -- untuk membuktikan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen kepada kerajaan Muhyiddin.