Penutupan Parlimen adalah satu yang merugikan kerana negara kita sedang ke arah mengumpulkan setengah juta kes dan 6,000 kematian akibat Covid-19 dalam bulan Ogos, membawa angka terkumpul kepada lebih daripada 1.5 juta kes dan 15,000 kematian menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos

Penutupan Parlimen sejak Khamis lepas adalah satu pengkhianatan apabila negara kita sedang ke arah mengumpulkan setengah juta kes dan 6,000 kematian akibat Covid-19 dalam bulan Ogos, membawa angka terkumpul kepada lebih daripada 1.5 juta kes dan 15,000 kematian menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos.

Parlimen sepatutnya sedang bersidang untuk merangka dasar dan strategi baharu untuk mengelakkan bencana seperti ini pada 31 Ogos, sebaliknya, Ahli-ahli Parlimen dihalang daripada datang ke Parlimen dan persidangan khas Parlimen pulak dipendekkan selepas perhatian dialihkan daripada usaha melawan Covid-19 dengan satu krisis perlembagaan yang besar.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu bersidang segera untuk mengambil tindakan terhadap sekatan kepada Ahli Parlimen untuk ke Kompleks Parlimen semalam, yang merupakan satu sekatan terhadap Ahli-ahli Parlimen yang cuba menjalankan tugas mereka.

Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 memperuntukan kuasa kepada Parlimen untuk menghukum sesiapa yang cuba menghalang mana-mana Ahli Parlimen daripada memasuki Parlimen sebagai menghina Majlis Parlimen.

Perkara ini juga merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Sekten 124 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Bilakah polis akan memulakan siasatan memandangkan laporan polis telahpun dibuat?

Apa yang lebih adalah supaya sidang Parlimen ini disambung semula untuk menumpukan perhatian Parlimen dan negara kepada wabak Covid-19 yang semakin memburuk, dengan kadar kes baharu setiap hari berada pada paras lima angka untuk tiga minggu berturut-turut dan rekod baharu 219 kematian semalam.

Malaysia mengambil masa lebih daripada 13 bulan untuk mencatatkan 1,000 kematian pertama pada 17 Februari 2021, tetapi kita hanya mengambil masa selama lima hari untuk mencatatkan 1,000 kematian ke sembilan, dan kita dijangkakan memecahkan paras 10,000 kematian dalam minggu ini.

Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin untuk memastikan menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, kita tidak melihat lebih daripada 1.5 juta kes dan 15,000 kematian akibat Covid-19.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri