Adakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang semula pada 16 ogos dan 17-19 Ogos selepas penggantungan sidang selama dua minggu kerana wabak Covid-19 seperti yang dinasihatkan oleh Noor Hisham?

Hari ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah berparlimen negara kita.

Saya tidak terfikir sesiapa pun, baik di masa lepas, sekarang, atau dari masa hadapan, yang akan menjangkakan akan ada satu hari di mana Ahli-ahli Parlimen Malaysia dihalang daripada datang ke Parlimen.

Pada tahun 1933, Hitler disyaki menjadi dalang di sebalik pembakaran Parlimen Jerman -- kejadian Kebakaran Reichstag -- untuk memulakan pemerintahan diktator Nazi beliau.

Adakah juga akan mencatatkan sejarah memalukan di mana Parlimen dikunci menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menyelamatkan kerajaan pintu belakang yang tidak sah dan tidak demokratik daripada ditumbangkan dalam sebuah krisis perlembagaan besar yang disebabkannya sendiri?

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah telah mencadangkan supaya persidangan khas Parlimen pada 1 Ogos ditunda selama dua minggu.

Adakah Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 16 Ogos, dan Dewan Negara bersidang semula pada 17 sehingga 19 Ogos, dua minggu selepas tempoh penggantung sidang akibat wabak Covid-19 seperti yang dicadangkan oleh Noor Hisham ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri