Kenyataan Noor Hisham mengenai kejadian ‘superspreader’ di Parlimen amatlah malang sekali -- di manakah buktinya?

Kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, semalam yang mengatakan bahawa kejadian ‘superspreader’ yang boleh menjangkitkan rmaai orang dengan Covid-19 berkemungkinan berlaku sekiranya sidang khas Parlimen diteruskan amatlah malang sekali.

Di manakah buktinya? Atau adakah kenyataan ini hanya untuk menakut-nakutkan Ahli-ahli Parlimen?

Noor Hisham perlu membuktikan kenyataan beliau ini dengan fakta perubatan.

Terdapat 11 kes daripada 1,183 orang yang melalui ujian saringan. Sekiranya mereka ini semua telah disaring, maka, kadar kes positif di Parlimen ini hanyalah kira-kira 1%, jauh daripada status ‘superspreader’.

Satu lagi alasan kononnya mungkin berlaku kejadian ‘superspreader’ adalah varian baharu? Adakah kajian genom telah dijalankan, jika ya, apakah keputusannya?

Sidang Parlimen yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen yang telah menerima vaksinasi lengkap perlu diteruskan. Perdana Menteri sendiri telah menerima vaksinasi lengkap. Mengapa beliau tidak hadir ke Parlimen untuk menjawab persoalan-persoalan yang ditanya di seluruh negara?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri