Cabaran untuk DAP adalah untuk menegaskan semula empat prinsip pembangunan negara bangsa yang mula diangkat buat pertama kali dalam Kongres DAP di Setapak pada tahun 1967 dan untuk meluaskan sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mula memenuhi Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat yang bertaraf dunia
Saya telah menyeru kepada kader dan ahli-ahli DAP di semua peringkat di seluruh negara untuk bersatu menyokong parti untuk membolehkan Pakatan Harapan mencapai satu kemuncak baharu untuk Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan juga untuk mempertahankan parti kita anasir luar yang cuba untuk memecah belahkan dan memusnahkan kita.
Cabaran untuk kita adalah untuk menegaskan semula empat prinsip pembangunan negara bangsa yang mula diangkat buat pertama kali dalam Kongres DAP di Setapak pada tahun 1967 dan untuk meluaskan sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mula memenuhi Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat yang bertaraf dunia.
Empat prinsip pembinaan negara bangsa yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang dipersetujui dalam Kongres DAP pertama di Setapak pada tahun 1967 adalah:
- Perasaan perpaduan, solidariti, dan identiti kebangsaan yang hanya boleh dibentuk sekiranya kesaksamaan diamalkan dan dilaksanakan antara kaum dalam semua bidang kehidupan;
- Populasi yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi melalui satu dasar pendidikan yang moden dan dinamik;
- Disiplin sosial dan ekonomi dalam negara melalui dasar sosial dan fiskal yang memastikan pengagihan kekayaan negara dengan lebih adil dan pegangan kepada prinsip dan amalan keadilan sosial; dan
- Kerajaan yang efisien dan tidak korup.
Kerana kita telah lari daripada empat prinsip pembinaan negara bangsa inilah, negara kita kini berada di belakang daripada negara-negara lain dalam tempoh setengah abad yang lepas.
Selepas enam dekad, kita masih gagal untuk membentuk perpaduan, identiti, dan solidariti kebangsaan seperti di negara lain.
Semasa Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan pada permulaan dekad yang lepas, beliau telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada bulan September 2012, untuk menjadi Malaysia sebuah “negara hebat”, melonjak daripada sepertiga terbawah ke sepertiga teratas dalam ujian PISA 2021 dalam kalangan negara OECD.
Namun perkara ini telah menjadikan satu kegagalan besar, daripada melonjak ke sepertiga teratas kedudukan ujian PISA, keputusan PISA untuk Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan tahun 2015 dalam ketiga-tiga mata pelajaran matematik, sains, dan pembacaan, dan kita masih lagi jauh daripada berada dalam kalangan sepertiga tertinggi 80 negara yang menyertai ujian PISA.
Empat keputusan PISA untuk Malaysia sejak 2009 adalah seperti berikut:
Markah PISA (kedudukan)
2009 | 2012 | 2015 | 2018 | |
Matematik | 404 (57) | 421 (52) | 446 (45) | 440 (47) |
Sains | 422 (52) | 420 (53) | 443 (47) | 438 (48) |
Bacaan | 414 (55) | 398 (59) | 431 (50) | 415 (56) |
Di manakah kedudukan negara kita dalam kedudukan ujian PISA kelima 2021 kelak? Apa pun hasilnya, Malaysia masih lagi jauh daripada menjadi “negara hebat” yang dijanjikan Muhyiddin dalam tempoh empat tahun lagi pada tahun 2025.
Pada tahun 1970, kita mempunyai KDNK yang lebih besar daripada Singapura dan Vietnam. Sejak itu, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali tetapi Vietnam telah meningkat 122 kali dan Singapura 175 kali dan hari ini, kedua-dua Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.
Mengenai peningkatan taraf hidup orang Melayu dari kemiskinan dan kemunduran, saya teringatkan tujuh soalan penulis Mariam Mohtar yang meminta orang Melayu untuk bertanya kepada pemimpin Melayu, iaitu:
- Bagaimana selepas 60 tahun, kita masih ketinggalan dengan rakyat Malaysia yang lain?
- Adakah benar bahawa jika "tindakan afirmatif" didasarkan pada keperluan dan bukan berdasarkan kaum, akan ada lebih banyak bagi kita orang Melayu yang miskin?
- Anda terus memberitahu bahawa orang Cina adalah musuh kita; bahawa mereka mencuri dari kita dan bahawa jika tidak kerana anda, kami akan pupus. Bagaimana orang Cina mencuri dari kita dan bagaimana mereka akan membuat kita pupus?
- Mengenai pendidikan, mengapa orang Melayu kita meninggalkan sekolah kebangsaan dan pergi ke sekolah Cina? Adakah mereka memberitahu anda sesuatu?
- Bagi pemimpin agama kita, mengapa Islam yang diamalkan di banyak negara Islam lebih liberal dan terbuka daripada negara kita? Kata-kata yang anda larang orang kafir digunakan secara terbuka oleh orang bukan Islam walaupun di negara Arab?
- Anda memarahi kami kerana malas dan memanggil kami tidak berguna - bahawa kami tidak boleh berjalan tanpa tongkat. Namun anda tetap mendorong tongkat pada kami. Kenapa?
- Mengapa generasi Malaysia yang lebih tua dapat menjadi lebih baik antara satu sama lain dan sekarang tidak? Adakah ia sistem sekolah?
Tujuh soalan Mariam adalah perkara yang perlu direnung bersama.
Dalam berhadapan dengan pemilihan parti DAP, kita mengalu-alukan kritikan dan pandangan jujur tentang masa depan DAP dan negara, tetapi kita perlu sedar mengenai cubaan anasir luar yang cuba memecah belahkan parti kita dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu.
Saya telah katakan sebelum ini, perkara di mana kononnya saya mengatakan mereka yang tidak tahu jawi tidak layak menjadi rakyat Malaysia atau Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan yang beliau bukan seorang Cina apabila dilantik menjadi Menteri Kewangan ini hanyalah satu penipuan semata-mata.
Tetapi sehingga hari ini, terdapat serangan terhadap pimpinan DAP di media sosial mengenai dua perkara ini.
Saya tidak bersedia untuk mengangkat serangan yang tidak bermaruah ini dengan mendedahkannya -- tetapi saya bersedia untuk menunjukkan penipuan, fitnah, dan berita palsu ini kepada sesiapa sahaja secara tertutup.
Persepsi yang dicipta semasa kontroversi Jawi meletus pada tahun 2019 adalah kononnya DAP bertanggungjawab memperkenalkan matapelajaran Jawi di sekolah Cina dan Tamil, sedangkan perkara ini adalah hasil kerja mantan timbalan menteri pendidikan MCA dan MIC, Datuk Chong Sin Woon dan P Kamalanathan yang membuat keputusan pada 21 September 2015 berkenaan dengan buku teks baharu untuk sekolah Cina dan Tamil untuk tempoh tahun 2017 ke tahun 2022.
Sekiranya tidak ada perubahan kerajaan dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018, pelaksanaan keputusan Kementerian Pendidikan ini akan membawa kepada pengenalan pendidikan Jawi secara wajib di sekolah Cina dan Tamil.
Tetapi, DAP juga yang dipersalahkan mengenai perkara ini. Adakah perkara ini benar dan adil?
Dalam 22 bulan sebagai kerajaan Pakatan Harapan, para pemimpin DAP telah dipimpin oleh prinsip bahawa kuasa perlu digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara dan bukannya untuk mendapatkan kuasa semata-mata demi kuasa.
Kita perlu terus didorong oleh prinsip ini, bahawa kita dalam politik demi rakyat dan demi Impian Malaysia, bukannya untuk kepentingan dan nama sendiri.
Cabaran untuk DAP adalah untuk menegaskan semula empat prinsip pembangunan negara bangsa yang mula diangkat buat pertama kali dalam Kongres DAP di Setapak pada tahun 1967 dan untuk meluaskan sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mula memenuhi Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat yang bertaraf dunia.