#kerajaangagal10 -- Kerajaan Muhyiddin perlu mengundurkan diri atas ketidakcekapan dan kegagalan mentadbir serta pencabulan Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan kadar peningkatan harian kes yang terus melonjak ke arah 3,000 kes sehari
Semalam adalah hari ke-12 berturut-turut di mana peningkatan kes harian baharu Covid-19 mencatat lebih daripada 2,000 kes, menjadikan jumlah terkumpul kepada 395,718 kes.
Malaysia kini berada di persimpangan pandemik Covid-19, sama ada kita akan mengurangkan kenaikan dua belas hari berturut-turut setiap hari, dari lebih daripada 2,000 kes hingga di bawah tahap 2,000 kes atau sama ada kenaikan kes Covid-19 setiap hari akan melepasi angka 3,000 untuk menandakan kedatangan gelombang keempat penularan Covid-19 di Malaysia.
Kita kini berada di tangga ke-44 antara negara-negara di dunia dengan jumlah kes Covid-19 yang paling tertinggi, dan pada kadar peningkatan harian ini, kita akan mengatasi Bulgaria (397,500 kes) untuk berada di kedudukan ke-43 pada akhir April dan mengatasi Arab Saudi (413,174 kes) pada awal Mei untuk berada di kedudukan ke-42 di dunia.
Mengapa Malaysia terus mengatasi negara lain dalam jumlah kes Covid-19 tertinggi?
Kita berada di kedudukan ke-85 pada 11 November, dan kita telah melonjak 41 kedudukan dalam enam bulan yang lepas, sementara China, yang merupakan negara terburuk di dunia dengan jumlah kes Covid-19 paling tertinggi awal tahun lalu, kini berada di kedudukan ke-95 dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 90,599 kes!
Mujurlah, kita tidak berada sebaris dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang mengambil tujuh dari 10 tempat teratas negara-negara di dunia dengan jumlah kes keseluruhan Covid-19 tertinggi, didahului Amerika Syarikat dengan 32.8 juta kes dan lebih daripada 586,000 kematian atau India, di mana pandemik Covid-19 telah menjadikan negara ini menjadi "neraka" dengan peningkatan harian yang mencatat rekod melebihi 300,000 kes selama enam hari terakhir dan hampir 200,000 kematian.
Sekiranya India berterusan pada kadar kenaikan harian sekarang, melebihi kenaikan harian di Amerika Syarikat sebanyak lebih 300,000 kes sehari, India (dengan 17.6 juta kes Covid-19) akan mengatasi Amerika Syarikat (dengan 32.8 juta kes) sebelum bulan Julai.
Di seluruh dunia, lebih dari satu bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di 172 negara, kadar kempen vaksinasi nasional di Malaysia masih perlahan dan sangat tidak memuaskan.
Hanya 1.5% penduduk Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya, sementara 2.5% penduduk telah diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Ini berbeza dengan Amerika Syarikat, di mana 28.9% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 42.4% penduduk diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin; Sementara di England 19.3% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 50.5% penduduk diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan Israel, di mana 55.5% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 59.5% penduduk diberi satu dos vaksin.
Inilah sebabnya mengapa saya menyeru agar diadakan Sidang Parlimen dan Dewan Negara untuk mempelopori strategi dan pendekatan yang melibatkan "keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat" untuk melawan wabak Covid-19 dengan mempercepat kempen vaksinasi kebangsaan serta untuk mencegah gelombang keempat Covid-19.
Kerajaan Muhyiddin perlu mengundurkan diri atas ketidakcekapan dan kegagalan mentadbir serta pencabulan Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan kadar peningkatan harian kes yang terus melonjak ke arah 3,000 kes sehari.
Kerajaan Muhyiddin mengumumkan Darurat dan menggantung Parlimen untuk memerangi gelombang Covid-19 yang ketiga. Tidak dinafikan, salah satu sebab kegagalannya dalam tiga bulan terakhir untuk mengendalikan gelombang ketiga Covid-19 adalah tindakannya menggantung Parlimen dan pelanggaran Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan Parlimen perlu memainkan peranan “semak dan imbang" ke atas Eksekutif.
Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, semalam bahawa mereka yang menentang darurat adalah pelampau politik yang menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada pengebom bunuh diri adalah bukti pemikiran dan mentaliti kakistokratik kerajaan Muhyiddin.
Empat bulan darurat masih belum dapat mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik menentang wabak Covid-19, dan pada bulan April 2021, Bloomberg Covid Resilence Ranking yang dikeluarkan semalam, Malaysia jatuh dua tangga, ketinggalan jauh di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand dan Arab Saudi.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-20 dalam Covid Resilience Ranking - turun dua tangga berbanding kedudukan pada Mac.