#kerajaangagal8 -- kegagalan Malaysia untuk menjadi “negara hebat” seperti yang dijanjikan Muhyiddin pada tahun 2012

Semasa Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan pada permulaan dekad yang lepas, beliau telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada bulan September 2012, untuk menjadi Malaysia sebuah “negara hebat”, melonjak daripada sepertiga terbawah ke sepertiga teratas dalam ujian PISA 2021 dalam kalangan negara OECD.

Namun perkara ini telah menjadikan satu kegagalan besar, daripada melonjak ke sepertiga teratas kedudukan ujian PISA, keputusan PISA untuk Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan tahun 2015 dalam ketiga-tiga mata pelajaran matematik, sains, dan pembacaan, dan kita masih lagi jauh daripada berada dalam kalangan sepertiga tertinggi 80 negara yang menyertai ujian PISA.

Empat keputusan PISA untuk Malaysia sejak 2009 adalah seperti berikut:

Markah PISA (kedudukan)

2009 2012 2015 2018
Matematik 404 (57) 421 (52) 446 (45) 440 (47)
Sains 422 (52) 420 (53) 443 (47) 438 (48)
Baccan 414 (55) 398 (59) 431 (50) 415 (56)

Di manakah kedudukan negara kita dalam kedudukan ujian PISA kelima 2021 kelak?

Satu lagi kegagalan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ini adalah dalam rancangan strategiknya untuk merekrut 30% pelajar cemerlang ke dalam profesion pengajian.

Menurut statistik Kementerian Pendidikan semasa itu, pelajar cemerlang membentuk hanya 1% pemohon ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 2009, dan angka ini hanya meningkat kepada 9% pada tahun 2011. Apakah gambarannya pada hari ini?

Sedekad kemudian, kita telah mundur ke belakang sehingga syarikat antarabangsa kini kurang berminat untuk mengupah jurutera tempatan keluaran universiti tempatan, sebaliknya lebih gemar kepada lepasan daripada Filipina, Vietnam, Thailand, dan juga Indonesia.

Mereka mengatakan lepasan universiti tempatan tidak memenuhi keperluan berikut:

  1. Mereka tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik;
  2. Mereka memerlukan lebih banyak latihan dalam kerja (yang memakan masa dan kos);
  3. Lebih mudah untuk mereka mengupah jurutera daripada negara jiran sekitar ASEAN.

Kita juga telah mundur dari segi persaingan, daripada tempat ke-22 pada tahun 2019 ke tempat ke-27 pada tahun 2020. Kedudukan kita dalam laporan daya saing antarabangsa 2021 mungkin akan berada di tempat yang lebih buruk!

Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali ganda, tetapi angka untuk Indonesia telah meningkat 117 kali ganda, Vietnam 122 kali ganda, China 163 kali ganda, Singapura 175 kali ganda, dan Korea Selatan 178 kali ganda.

Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan angka KDNK yang lebih besar.

Kini, sistem pendidikan kita telah menjadi sebegitu teruk, sehingga seorang remaja, Ain Husniza Saiful mendakwa seorang cikgu lelaki telah membuat lawak mengenai rogol dalam kelasnya.

Ain mengatakan kata-kata yang tidak berpatutan itu telah dibuat semasa para pelajar sedang membincangkan topik gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah beliau di Kuala Selangor pada hari Jumaat lepas.

Malaysiakini juga baru-baru ini telah melaporkan mengenai kejadian semakan status haid di sekolah, perkara ini merangkumi kejadian di mana para pelajar perempuan telah dipaksa untuk menunjukkan tuala wanita mereka, melakukan sapuan di alat sulit menggunakan putik kapas, tisu, atau pun jari mereka, atau cikgu, warden, atau pengawas sekolah memeriksa kawasan alat sulit mereka untuk menyemak sama ada mereka menggunakan tuala wanita.

Inikah “negara hebat” yang dikatakan Muhyiddin pada tahun 2012?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri