Yang mana lagi buruk -- kakistokrasi atau kleptokrasi?
Adakah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menolak perintah tahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap sebagai Menteri Dalam Negeri semasa itu menggunakan “nama glamour” beliau, Muhyiddin Mohd Yassin dan bukannya nama sebenar beliau mengikut MyKad, Mahiaddin Md Yasin merupakan satu contoh kakistokrasi terburuk?
Muhyiddin pernah menjadi Mentri Besar Johor daripada tahun 1986 sehingga 1995 dan menjadi Menteri Kabinet di antara tahun 1995 sehingga 2009 di pelbagai kementerian, dari Belia dan Sukan, ke Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pertanian dan Industri Asas Tani, , dan juga Perdangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan pada tahun 2009 sehinggalah beliau dipecat daripada Kabinet pada bulan Julai 2015 kerana mempersoalkan cara Perdana Menteri semasa itu, Datuk Seri Najib Razak dalam mengenai skandal 1MDB.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, Muhyiddin dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hanya selepas 22 bulan mentadbir negara.
Adakah semua perintah kerajaan yang ditandatangani oleh Muhyiddin dalam tempoh sembilan tahun sebagai Mentri Besar Johor, 22 tahun sebagai Menteri Kabinet, dan 13 bulan sebagai Perdana Menteri “pintu belakang” telah disemak dan diteliti untuk memastikan sama ada ia semua sah dan ditandatangani dengan nama sebenar beliau, Mahiaddin, dan bukannya nama glamour beliau, Muhyiddin?
Manakah yang lebih buruk -- kleptokrasi atau kakistokrasi?
Atau adakah kedua-duanya perlu ditolak sepenuhnya di Malaysia?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.